klik me

Tuesday, November 26, 2013

Pentingnya Insurans Diri Dalam Kehidupan Kita!

Pagi selasa yang ceria!!
Syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ini. Nak tahu satu cerita yang tak berapa nak seram?ihihi...Al-kisahnya, ade satu blog ni yang aku suka view tiap masa coz nak tengok updated story..so, suatu hari, aku baca story dia pasal insurans dan pentingnya insurans!
sememangnya aku dan suami sudah sedia ada insurans tetapi lebih kepada investment and saving..jadi aku decide untuk jumpa agen insurans beliau dan bermula lah kisah @ jodoh kami dgn agen itu..ihihi...

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. Aku mula "menginsurans" diri ini sebanyak RM200 sebulan..amaun yang aku mampu dan banyak faedahnya daripada aku membazir berbelanja tak tentu hala..baik menabung di insurans selain dapat MEDICAL CARD!haaa...ni yang agak penting!Mr.hubby plak, bayarkan untuk si kecik tu RM150 sebulan..
erm...di sini saye perkenalkan agen insurans saya yang caring lagi baik...iaitu IERA - (tengah)(aku panggil dia iera yoko2)... AND KAK INA(kiri)...ihihi...
#janganpandanglamamukaakuyangagakdebabdisitu!ahaha

Nasihat ikhlas daripada mama akid..menyimpanlah, insuransla diri kita, anak-anak kita agar terbela di kemudian hari. Kita memang tidak mementingkan duit..tp duit amat berguna untuk masa kini dan masa depan..JANGAN LENGAH, SEBAB SAKIT DAN MATI TIDAK "SMS" @ "WASAP" KITA!!!
Ini antara pelan yang terbaik daripada GREAT EASTERN TAKAFUL INSURANS..pada yang berminat boleh roger aku.

*rujukan blog :

Tuesday, November 19, 2013

JOM KURUS 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...ai tawan2 mama akid.breakfast ape pagi ni?nampak gaya, selera makan mama akid makin bertambah!ehehe!!especially bab "nasi" yang tidak dapat dipisahkan!!
Tetiba mama akid ternampakla 1 TAG ni.. "JOM KURUS 1 MALAYSIA"..
erm..boleh ke aku?boleh ke aku??er...er...

Masa pertama kali cuba diet, memang macam nak giler di buatnyer!!NASI, TEPUNG GANDUM, ROTI PUTIH, SOTONG, GULAAAA,..sungguh merimaskan!tapi aku gagahkan juga sebab masa tu dalam proses rawatan pakar bidan Prof.Dato' Dr. Hamid Arshat yang meminta aku untuk diet dahulu sekiranya mahu usaha mendapatkan anak!Ya Allah...1 hari je dekat 21 biji ubat kena telan!ha ko!!!
selain makan, kenalah exercise tetiap hari dan buat senaman ringan..Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakkal, aku berjaya menurunkan berat 4kg dalam 2 minggu!BOLE??ihih...betul ni...

Lepas bersalin, berat masih maintain dan ade yang cakap aku "kurus" sebab nampak rangka pipi..(ooo..xchubby masa tu,xlawo la plak!)
1 tahun lepas bersalin, aku mula makan macam-macam dan selera makan bertambah sehingga ke hari ini..(ooo..sangat xpuas ati berat naik!ahaha..padan muka!). walaupun Mr.Poji xkisah n lebih suka aku chubby, tp yang seksa nye, baju kije banyak yang dah xmuat!!arrggghhhh....TOLONG!

Dan sekarang,mulai bulan ini...aku akan menyahut cabaran UNTUK KURUS SECARA SIHAT DAN AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG..mula-mula kena betulkan diet dulu kan..so, come and join me!!WISH ME LUCK!!

#rujukan :
klinikdrhamidarshat.blogspot.com
http://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia/#

Friday, November 8, 2013

Kes Dera Kanak-kanak Taska di Taman Melati

Astaghfirulla alazim..Ya Allah, Selamatkanlah anak-anak kami Ya Allah, Lindungilah mereka yang masih kecil daripada segala perbuatan tidak bermoral itu..Berkatilah rezeki kami dalam membesarkan anak-anak kami..Amin Ya Rabbal Alamin...

Kenapalah diperlakukan begitu pada budak yang tak berdosa..yang tidak kenal erti hidup. Diperbuat sebegitu..sungguh zalim..Kalau lah Allah tarik nikmat yang dia dah beri utk kita mendengar, melihat, merasa da sebagainya...

Selama ni, aku tak sanggup nak melihat kanak-kanak @ bayi yang di dera..tetapi kali ini aku kuatkan semangat juga utk menonton video Taska di Taman Melati itu..kasihan anak kecil itu dan semalam 7.11.2013, Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taman Melati, di sini, yang dikaitkan dalam isu rakaman video kanak-kanak dipukul di premis itu, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Wanita berusia 35 tahun itu tampil bersendirian kira-kira jam 10.30 pagi selepas dipercayai menghilangkan diri sejak seminggu lalu. 

Ini wajah malaun tuh!geram lak aku ni..
Taska nampak meriah tetapi azab rupanya bagi kanak-kanak di dalam rumah tu..



Wednesday, November 6, 2013

Resepi Kek Kukus Pelangi

Assalamualaikum...Dua minggu lepas macam teringin je tgk resepi kek kawan2 blogger..memandangkan masih ada lagi pewarna di rumah, why not kita try resepi yang simple dan menarik ni..jom sama kita try rainbow kek nak?tp versi kukus...lebih sedaaappp n moist!!!xcayer???ihihi....cuba dulu,baru tau...

RESEPI KEK KUKUS PELANGI
olahan by : mama akid

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
  • kismis 2 sudu
  • chocolate rice - utk last touchup!
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

tadaaaaa.....!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji