klik me

Friday, May 1, 2015

REFRESH..


UWAAArghhhh...erm,sayer baru bangun dari tidoooooqqqq.......bersawang2 blog ni gamaknye..ahaha!nanti kita update yer!oh yer!sayer dah ade "2 sweet potatoes"!!Alhamdulillah

Friday, January 23, 2015

New Year Baby..MUHAMMAD ANIQ ZAHIN BIN MOHD FAUZI

30hb Disember 2014
Masih ke pejabat walaupun terasa sakit perut. Mungkin gastrik ni detik hatiku. Aktiviti tetap diteruskan seperti biasa. Kemaskini fail-fail dan kerja-kerja dengan harapan tiada yang tertunggak sebab risau adik akid akan lahir dalam masa terdekat walaupun exact due date dia 19.1.2015. Masa abang akid dulu pun 2minggu awal. Tapi perut ni makin lama makin terasa sakitnya.xper pijot,kuatkan semangat!!!

31hb Disember 2014
Seawal 5.00 pagi, aku dah terjaga dari tidur, tak selesa dibuatnya dan rupanye aku dah "turun darah". Aku kejutkan Poji, utk bersiap. Kami p antar akid dulu di rumah pengasuh,pastu p Hospital Putrajaya nak check brp bukaan..contraction ada setiap 10 minit...sakitnya TUH DISINI la jawabnye..ahaha...rupenye baru 2cm..ihihi...n bad news,tak boleh beranak dah mcm abg akid dulu,di Putrajaya sebab kami dah menetap di Kajang,so kena refer Hosp. Kajang(tp..erm,almaklumlah yer hosp. vateren ni)..sambil tu,aku ajak Poji p Hosp. Serdang plak utk cuba nasib. Tapi tetap akan ditolak juga kes aku ni sebab alamat tetap di Kajang, Wad bersalin penuh katanye.OK xpe,aku "redho" dan sabar sebab sakit makin kerap plak ni..

Balik rumah dan rehat sampailah malamnye, mama dan ayah datang rumah. Tengok anaknye yang dah sakit menggila ni, diajaknye balik ke ampang. Kami ikutkan aje..sampai di rumah pukul 10 malam, aku takut untuk ke hosp. Jadi aku memerlukan tempoh bertenang..pukul 11.45 malam Poji bawa aku ke Hosp Ampang dan aku sempat minum air dan makan biskut kering utk alas perut.

1 Januari 2015
Sesampai depan Hosp. Ampang, sempat jugalah tengok bunga api. Nurse2 pun yang tengah syok tengok bunga api depan hosp. terus masuk sebab nampak aku dah "terkengkang" berjalan untuk beranak..ahaha...WAKTU SERAM sudah bermula. kena selok!!ok,doc cakap dah 6cm, Alhamdulillah, wad tak penuh, terus kena masuk labour room..wowiiii....!sudah 5 jam menunggu, bukaan masih sama dan peluang untuk aku bersalin normal, tidak kesampaian. Jadi aku terima apa sahaja yang berlaku untuk kelahiran kedua ini. 

5.50 pagi - Alhamdulillah syukur. Muhammad Aniq Zahin bin Mohd Fauzi lahir ketika azan subuh..tenang, damai, sunyi, sejuk...TQ semua yang byk membantu,especially mama,ayah, Papa n abg akid.mama love korang ketat2.Bermulalah episod aku sebagai supermom yang mempunyai 2 org anak lelaki. Macam mana gayanyer..ihihi..xpe2,maybe terapi untuk bagi peluang mama utk "SLIM"..AHAHA

Saturday, December 20, 2014

ANUGERAH AHMAD ALBAB JUNIOR

Cute kan tajuk tu..tapi itulah hakikatnya.. Baik dari demam, opish papa ade buat dinner di UPM. Erm, mama bab2 camni memang suka sangat!!biar tengah membuyong camni,kena kelihatan santek gak kan. Pastu papa cakap, ade PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM untuk anak-anak sehingga 6tahun. Dengan pantas, aku minta papa bagi nama pada urusetia dan buat sikit research pasal baju-baju mengikut tema P.RAMLEE...erm, laki paling simple la, just pakai baju kota,lipat lengan kiri kanan..aku terfikir nak carikan TARBUS untuk akid, tapi di mana ya???
Biarlah sarat-sarat macam ni, redah jugalah KUALA LUMPUR tu..ihihi..n JUMPE!!!!agak mahal gak,tp dah alang-alang sampai dan nak menang,aku gagahkan juga jebat..ihihi...

Hari dan malam yang dinanti sudah tiba. Dengan berbekal sedikit props seperti gitar dan spek itam,aku mesti pastikan "mood" akid malam ni OK dan berjalan lancar...
tadaaaa......!!!saingan sengit dan ramai juga anak-anak kecil yang cuba nasib..ALHAMDULILLAH, malam ini "ANA YANG PUNYAAAA!!!"...

AND THE WINNER IS.....MUHAMMAD AKID ZIKRI BIN MOHD FAUZI

Monday, December 15, 2014

1st time..Pengalaman & Perbezaan Akid Zikri admited di Hosp. Kajang & KPJ Kajang

Erm, berat dugaan ketika mengandung yang kedua ni. Usia kandunganku sudah 8bulan lebih..Satu kejadian yang tidak ku sangka!Abang akid demam, suhu tidaklah terlalu tinggi, cuma 37.8..Sedang aku ingin merehatkan badan disebelah akid, tiba-tiba nampak akid menggigil dan terus "TARIK"!!Ya Allah, terkejut aku dan terus panggil papa!cepat-cepat papa angkat akid dan bawa ke bilik air. Kami sudah masukkan jari ke mulut akid,untuk elak kancing gigi.Sakit nya tak terfikir dah,cuma nak akid sedar semula je sebab keadaan dia yang sgt mencemaskan waktu tu!kami alirkan shower ke kaki akid,papa dh jerit2 panggil nama akid sambil nangis teresak2..aku suruh papa azan kuat2 di telinga akid..Ya Allah hanya pada Mu kami berserah..dalam 2-3 minit juga akid begitu,dan selepas itu,dia pengsan dan lemah. Lantas kami telefon klinik kerana inginkan ambulan untuk datang ambil.Malangnya, pihak hosp mohon kami untuk ke klinik terdekat. Bergegas kami ke Klinik Kesihatan Kajang dan membuat pemeriksaan di situ dan akid diberi suntikan..Keadaan kembali redha dan kami dibawa ke Hosp Kajang..
Sesampai di sana, emergency room,mmg sesak dgn yang sakit suspek denggi, dgn foreigner, dgn yang accident!!akid lemah dlm dakapanku. Doc dtg menghampiri dan ingin mengambil sampel darah akid, dkat 3-4x kena cucuk sebab xmengena ke urat darah..Aku mula geram pada doc sebab akid dah meraung2 sakit!Tiada pujukan atau kata2 manis dari doc untuk anakku..
1 JAM KEMUDIAN, kami di bawa ke katil pesakit, wad kanak-kanak yang sangat sesak. aku yang sihat ni pun,kasihan melihat mereka..1 bilik @ hall, dekat 12 KATIL!!!KIRI DAN KANAN, adalah pesakit SUSPEK DENGGI, depan akid, demam batuk kokol..akid xselesa, begitu juga aku..3-4x juga kena soal dgn doc utk laporan perubatan akid..yer!4x DENGAN DOKTOR YANG BERLAINAN,PROSEDUR KATANYE...baikla, aku turutkan aje. Akid diduga lagi utk bagi ubat. meronta-ronta dibuatnya. Akid dipaksa minum ubat dengan berbalut badan dengan selimut,mcm orang sakit jiwa tu..hatiku sayu :(

Aku (mengandung)   : nurse, boleh tak saya nak stay di sini bersama-sama suami nak jaga anak saya?
Nurse (mengandung): maaf puan, tak bole.
Aku                           : takde orang nak hantar saya pulang ke rumah kalau suami hantar saya nanti,siapa nak tengok2kan anak saya? saya tak boleh nk jaga anak saya seorang di sini(tengok sama mengandung kan).
Nurse                         : Jika anak dah nak nazak, baru kita izinkan parents utk jaga bersama.
Aku                            : *terdiam dan mengucap dgn kata-kata nurse tu..ape nurse2 kerajaan ni memang dan bosan layan karenah ibu mcm aku ke,utk dia jawab permintaan aku sebegitu?xpe,mesti ada jalan lain..dek sebab doc ni 4x amik report pada aku, so doc yang last ni,aku bagi dia option, samada nak benarkan aku tinggal di sini wit hubby, atau aku minta discharge sekarang juga! (tetiba teringat ade MEDICAL CARD DR GREAT EASTERN TAKAFUL - sebab siang tadi dah kelam kabut).
so, doc bagi aku stay wit husband n izinkn akid untuk discharge tomorrow morning to TRANSFER CASE AT KPJ,KAJANG..

ALHAMDULILLAH, urusan kami dipermudahkan..di KPJ KAJANG, GL by Great Eastern Takaful, amik masa tak sampai 1/2 jam dan akid dimasukkan ke wad kanak2. Doc n nurse yang merawat pun, happy je, layanan pun baik, makanan tiptop!!meronta-ronta nangis kerana kena paksa minum ubat pun, mereka masih bersabar dan pujuk akid untuk bertenang. Kami pun boleh tinggal bersama di situ. Alhamdulillah, akid dapat discharge selepas 3 hari di KPJ Kajang.
*Thomas & Friends : hadiah daripada mama n papa sebab dh sihat!oyeaahhh


So rakan-rakan..kita tidak akan dapat menduga, bila kita di datangi sakit. Kita sebagai ibu bapa, inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Biar kita berbaki RM50 untuk belanja makan dalam poket, agar anak-anak ada MEDICAL CARD. sebab kami tahu, yang FREE itu, semua orang nak!Buatlah MEDICAL CARD untuk anak-anak dari sekarang. Semua orang ada macam-macam komitmen. Tapi bila anak sakit, komitmen kah yang membantu kita???TEPUK DADA TANYA SELERA, tengok HANDPHONE, WHATSAPP la pijot 0173708978 untuk info miliki MEDICAL CARD YANG TERBAIK DR GREAT EASTERN TAKAFUL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji