klik me

Tuesday, October 29, 2013

fizo omar & mawar...

owww...so suweeett...kelakar pun ade..!kita layan.....

retis kawen!!!....MUSIM MENGAWAN!ihihi....

fuh!!minggu ni ramai retis tawen!...(ramai ke?ihihi...) Yang terkini Ashraf Muslim dan Wan Sakinah..cun la kaler emerald ijau tu!i like!!!awal2 dulu memang mcm berbulu je nengok diorg ni.tp bila tgk muka Ashraf Muslim tu...ihihi...sejuk ati.Doakan jela yang baik2 kan. Semoga rumah tangga mereka kekal bahagia 'till Jannah!



 Lagi 1 story pasal wedding Diana Amir dengan Muhammad Habib..Sama lawa sama comel.Bagai pinang dibelah2!berjiwa "pink" gitu..ihihi...
gambar ehsan dari www.beautifulnara.com

Monday, October 28, 2013

Jom try!!AIS KRIM GORENGGG!!

erm..ape projek mummies last weekend? Dari hari Jumaat, kami tido di umah mak di Taman Kencana,Ampang...kebetulan acik baby Nur Husainiah ade di rumah, cuti nak exam semester 5..time ni la nak tunjukkan skill memasak untuk orang di rumah!
Oleh itu, timbul lah hasrat nak buat ais krim goreng!kalau dulu selalu beli di pasar malam..harga lebih kurang RM1.50 kalau tak silap la...tp, kalau buat sendiri, berketul - ketul boleh dapat...perisa pe je pun buleh aiii!!!
Jom try resepi ni dengan mama akid!







RESEPI AIS KRIM GORENG
BAHAN - BAHAN :

Roti 1 buku (gardenia la sebab lembut dan besar)
Ais krim 1 mangkuk besar (masih beku)
sudu ais krim (untuk mencedok)
Cawan sederhana bulat (untuk menekap roti nanti)

Cara-caranya ;
1. Letak 1 1/2 skop ais-krim di tengah-tengah roti.
2. Tutup roti macam buat sandwish, dan tekap cawan pada roti tu kuat2 sehingga roti betul-betul melekat.
3. Siap!!mula semula sampai habis roti dan masuk roti berisi ais krim kita tadi dalam peti ais(beku seketika).
4. Bila mana sudah beku,mula sediakan minyak pada paras menggoreng...dan goreng setelah minyak panas..

CHILL!!!
banana plak...dap2...masa mengandung pun mama akid suka pishang!
akid eating tomatoes!!!

Friday, October 25, 2013

Anak @ Cucu nakal??

Assalamualaikum...erm, isu sensetip gakni sebab kadang-kadang bila anak @ cucu kita buat hal, boleh STRESS jadinyer!! masa nak memasak tu la dengar anak terjerit-jerit..masa nak rehat tu la ternampak anak terlompat-lompat sofa..masa nak makan tu la nampak anak menangis minta tolong macam-macam...ihihi...dah namanya Anak Kecil, mereka akan selalu minta perhatian daripada kita kan selaku ibu walaupun kadang tu ayahnye ade di sebelah...
Di sini mama akid ade sediakan beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelakkan anak-anak @ cucu yang cenderung melakukan aktiviti extreme samada di rumah @ di mana-mana untuk kita kongsi bersama...

* Selalu membaca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan pada umbun kepala semasa mereka sedang @ hendak tidur.

* Kena banyak bersabar, cakap dengan lemah lembut, dan pujuk dengan bahasa yang mudah.

* Apabila bangun pagi, peluk cium anak itu, berselawat dan berniat dalam hati. Baca surah al-Fatihah (pun sudah memadai)

* Jangan menakutkan anak-anak dengan berkata "ada hantu" sebagai signal untuk tidak pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya bercakap kepada mereka kenapa alasan untuk tidak perlu ke sana.

* Kami suami isteri amalkan pukul kaki dengan 2 jari sekiranya anak ada melakukan kesalahan yang melampau sekiranya "pujuk" xjalan!ihihi....

* Rajinlah membawa anak pergi bersiar2..bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan itu serta layan dia untuk bermain di dalam rumah dan bercakap dengannya untuk menambahkan skill pertuturannya.

* selainnya mendoakan kesejahteraan anak dan keluarga kita serta umat Nabi Muhammad s.a.w agar dijauhkan sebarang kesusahan.

ok yer..kalau hot ibu @ mama di luar sane yang ade tips untuk dikongsi, boleh komen di ruangan yang disediakan yer..TQ laling!!!

Friday, October 18, 2013

RESEPI PAU GEBU

Last sunday, mcm boring je dok umah goyang kaki (*cewah!)..ihihi..rajinla masuk stor dgn si kecik,kemas sama2..banyak rupenye kertas dan baju yang perlu di 5S!pastu terjumpa nota resepi masa belajar memasak dulu.jom mummies...kita mula mengadun memandangkan tepung pau ade dan hampir expired!ihihi..

RESEPI PAU GEBU
DOH

500 g tepung pau
2 tsp double action baking powder
11 g yis
30 g gula
2 tbs cuka masak - (untuk putihkan pau)
300 ml air suam @ susu segar
60 g shortening

* campur je semua bahan-bahan ni..pastu uli..letak dalam mangkuk besar n tutup dgn kain lembap @ wrapper n jemur.(aku letak kat dapur je)..

sampai doh naik camni beso!pastu tumbuk doh di tengah2..utk keluarkan angin dalam doh.
kemudian, uli la doh tu,kalau mcm melekit2 di tangan,tambah @ tabur dgn tepung gandum.

isilah dgn ape2 inti yang korang suka..kecik!beso!kecik!beso!ihihi...pastu kukus selama 15-20 minit...
TADAAAAAA..................
pau ni masih gebu dan lembut walaupun dah sejuk...TRY LA!!

Sebulan sudaaahh....

Assalamualaikum..Tanggal 18 Oktober 2013,genaplah sebulan aku meninggalkan JPA bagi meneruskan transformasi yang di bawa oleh Ketua yang baru. Aku telah diarahkan untuk bertukar ke Jab. Audit Negara. Sedih sebenarnya meninggalkan kawan, teman, sahabat seperjuangan setelah 10 tahun berkhidmat di JPA.Macam-macam hal yang berlaku dan suka duka yang aku lalui sepanjang perkhidmatan di sini. Terima kasih kepada Unit Operasi Awam yang membuat "farewell" untuk aku dan teman-teman yang lain serta cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan...sayu je rasa...
 
 tapi walau di mana kita berada, demi mencari rezeki halal, aku gagahkan jua untuk ke tempat baru. Alhamdulillah kawan2 baru dan kerja yang aku buat sekarang memberi manfaat yang baik. Kerja di bahagian Pentadbiran tidaklah seteruk operasi di Bahagian Pencen,JPA..Kini aku lebih relax menguruskan pentadbiran disertai 25 orang kakitangan Juruaudit sahaja..Tetapi sebenarnya, walau di mana kita berada, sama sahaja..pokok pangkal nya,tanya hati kita.."BERSEDIAKAH UNTUK TRANSFORMKAN DIRI ANDA"??!!saya sudah..anda bila lagi??hikhik...poyo!!

Thursday, October 17, 2013

Resepi Mousse Mangga

Assalamualaikum ibu,mama,umi..comey!...baiklah,hari ni mama akid nk kongsi resepi snek untuk anak 12 bulan dan ke atas..iaitu..jeng!jeng!

Resepi Mousse Mangga
(hidangan utk 4 org)

120 g (1/2 biji sederhana) mangga dilenyek menjadi puri
250 ml (1 cawan) krim putar
65 g (1/3 cawan) gula pasir * nk kurangkan skit pun bole sebab mangga dah manis..
10 g (2 sudu teh) gelatin tanpa perisa * jenama NONA
60 ml (4 sudu makan) air

Cara Memasak ;
1. Masukkan gelatin dan air ke dalam cawan kastard. Rendamkan cawan di dalam air panas dan kacau sehingga gelatin larut.
2. Masukkan puri mangga ke dalam larutan gelatin yang telah sejuk, kacau sehingga sebati dan letakkan ke tepi.
3. Masukkan krim ke dalam mangkuk berasingan dan pukul krim sehingga ia menjadi pekat. Kemudian perlahan-lahan masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
4. Campurkan puri mangga tadi ke dalam krim dan kacau sehingga sebati dan bahagi untuk 4-5 cawan cumel..
5. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 - 1 jam.

JOM TRY!!

* minta izin yer..gambar drp resepi blog www.tiffinbiru.com

Wednesday, October 16, 2013

ish!ish!!...lamanyer....

Assalamualaikum...Ya Ampun..berhabuk, bersawang, berkurun..dan adik beradik "ber" la..LUPA PASSWORD mmg masalah dan kekangan tugas hakiki yang tidak dapat dielakkan..ahaha..jgn marah yer..Insyaallah saye akan catat ceritera terbaru...tungggguuuu...


yummy strawberries tasty juicy pictures, backgrounds and images
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji