klik me

Monday, December 31, 2012

DECO! DECO! DECO!.. bahagian 2

Alhamdulillah, akhirnya nilah hasilnya..RUMAHKU SYURGAKU.jadilah tempat berteduh utk kami bertiga..ALHAMDULILLAH, target 2012 telah tercapai iaitu MEMILIKI RUMAH SENDIRI.target 2011 dimakbulkan doa oleh Allah utk dpt baby yang lahir pada 2.3.2012..
walaupun sedikit frust dgn kaler future wall ni sebab lain pilih,lain kalernye..tapi takpe sebab next year ganti kaler lain plak..HADOI!PENAT CAT NTI...ihihi...(papa dh promise tu!)

Future wall, aku pilih cekelat..gambar tu, aku pilih.sebabnye,entahla..ihihi..suka tengok lengan akid kot!


langsir dan carpet pun warna sama..cuma day curtain je pilih cream. saje buat langsir gantung tinggi..erm:ni antara tips!untuk rumah kecil bagi nampak beso,tinggikan langsir, supaya siling nampak tinggi dan rumah nampak luas ^_^

chandeliar lamp,aku yang pilih sebab tak suka yang sarat barat.moden2 saje.kipas sume dr Alpha(papa minat design nye)..
untuk masterbed room plak,aku pilih dark purple..langsir lite purple, cadar katil purple..corak langsir dan lampu pun lebih kurang,bulat2 gituuu...ihihi..papa yg pilih tu.
dining hall plak,furniture by IKEA..4 sitter saje.TIPs : untuk jimat ruang.. (sory,gambar xupload lagi..ihihi)..lampu,papa yang pilih sebab dia pun suka moden theme..
*seb baik gakla papa pandai wat wiring..(penah kije dgn syarikat cina ipoh dulu wat wiring masa abes poli)..kalau idak,costing upah wiring semestinya dkat RM400-500 (umah kcik je ni)..tu pun belum +tambah @ ubah plug lagi..PERGHH!!!jimat suda dpt buat sendiri...

to be continue...

cara belajar berjalan...new style by akid!

video
erm,tetiba balik dari kampung..anak bujang mama belajar jalan cenggini!adoi...takpe la akid,asalkan acham mama cepat belajar..ihihi...syok sgt tengok perkembangan dia!nk masuk 10 bulan ni,macam2 gaya dan idea dia!tu yg buat mama papa rindu akid hari2..

Monday, November 26, 2012

Kedai Lampu Murah di Puchong

Erm..berhabis2san aku minggu ni membeli lampu2 n kipas2 dgn Mr.Poji..aku nak suggest kedai ni kat korang yang tercari2 lampu yang murah especially untuk kelengkapan rumah baru. Boleh cari kedai ni..ala,dekat je di Puchong..
selepas tol Puchong tu, dok je line kiri,smpai la ade simpang ke kiri selepas kedai perabot mewah..
puas ati jugak la berbelanja kat sini coz nak ikotkan, kdai lain mmg murah,cuma kedai ni leh dapat lagi murah..
servis pun TIPTOP!




akid exercise!


 kelakar betul bujang mama ni..tetiba lak bole buat exercise kata tokwan. angkat2 tangan macam ni..

bila disuruh buat lagi, dia akan buat!ihihi...
jup je rasa akid mama nak masuk 9bulan..teringat plak masa lahir haritu..rindunye saat tuuuu....


Sunday, November 11, 2012

Home deco...bahagian 1

wow!!pening jugak nk pikir kaler ape utk wall, sofa, dining, lamp, fan...fuh!mcm2 majalah aku belek,ntah kaler pe yg sesuai d mata..yela,nk hias2 ni bukan sembarang. org dtg umah nanti,sdap mata memandang..


setelah 1minggu aku pikir dan bincang dgn Mr.poji,aku dapati,mcm2 kaler yg jadi pilihan hati..
kdg2 pikir cream,cekelat, putih,grey..erm,nmpak millenium!ijo?tak maula,mcm umah lama...merah?fuh!brani tu...taknakla..

lastnye!utk future wall,aku biarkan putih utk nampak ruang rumah lebih besar..sofa kaler cekelat @ cream+carpet..dining lak,set meja mkn putih (4sitter je)..jimat ruang coz dh ade anak..ihihi...



kiranye,umah ni nanti penuh dgn kaler putih,cream,hitam,cekelat,n touch up dgn pillow merah @ hijau lime..utk nampak penegasan..ihihi..
sofa lak,awal2 dh minta ijin dgn Mr.poji,nk beli di ikea..ihihi...sofa beso lagi empuk!ihihi..
bilik lak,maybe nak putih+purple...asalnye mcm nk merah(ala2..mendam berahi!)..ahaha...cancel..


ntah apela hasilnye!!
tunnggu yer!!

Sunday, November 4, 2012

Dapat kunci rumah baru!

Alhamdulillah, pd 30 october baru2 ni, kami dpt call dr pemaju, boleh dtg ambil kunci rumah..fuh!!lega rasanye!akhirnya harta ke-2 kami sudah siap diduduki. punyela excited mr.poji, pukul 10pagi dh ajak p pejabat jualan nk amik kunci n termasuk bayar deposit umah dkat2 RM4500!fuh! masuk je umah tu..erm,dptla aku capture skit sbagai persiapan beli ape2 yang patut..mr.poji pun dh azankan masa masuk umah haritu..antara adab2 masuk umah baru..korang leh tgk blog http://blogtokwan.blogspot.com


ni pintu masuknye..(sila guna pas card yer,klu x,park luar!jln kaki!ahaha..)
kondo aku ni merangkumi 11 tingkat,110 unit sahaja..5 unit pintu kanan n 5 unit pintu kiri..open gym,fully furnish.1008 kakipersegi but tiada swimming pool yer..kalau ade,maybe tinggi lg la byr maintenance!ahaha...



ni ruang tamu,dh siap kabinet tv..erm,ape yg aku pkirkan untuk langsir yer???
ni plak dapur nyer..xperlu fenin2 nk cari @ upah bayar kabinet dapur..tempat masak pun dh ado,siap hood nye skali..ELBA yoouuu!ihihi...
okla..ni saja yer..nti kita pkirkan idea utk pilih warna idaman n design home deco..
anyway,tak kisah kan umah kicik,asalkan hado!ihihi...aku pun tak suka beso sangat,coz aku tak suka kemas umah..ihihi

Friday, November 2, 2012

my Akid Zikri sudah 8 bulan!!!

syukur Alhamdulillah,tepat 2.11.2012,akid dh 8bulan..jup je masa berlalu.mcm tak caye je anak mama dh 8bulan.skit je lagi nk masuk 1tahun!! :(

perkembangan akid wat masa ni,menyelar,bontot naik2 tp taknak merangkak..tp dh suka sgt duduk n berdiri di sofa!dh pandai turun sendiri dr berdiri..ops..gigi akid lom ade lg yer..
video

naik walker,mmg xsuka!coz dia tak bebas!!nangis je lepas letak dlm 5minit saje..adoi.tp bole la guna utk time makan..walker by tokwan's..hihi...tQ tokwan!
akid pun suka main timang2 dgn tokwan!dh stop n mengantok pun,tetap punggung tu nk di timang2..ihih
video

ni la hasilnye bile papa tak dapat tgk moto GP,melayan akid di umah..ihihi

video

Friday, September 7, 2012

HOTLINK BONUS

credit topup tinggal RM1.44..sayang plak nak guna kalau setakat nak balas SMS hanya bagitau "ok"..
ihihi...kedekut sgt kan!tp itulah hakikatnya kalau credit dah tinggal ciput..bile tengah mewah,kemain lagi.."lambatla SMS ni,call je la, cepat skit!"..ihihi..

tetiba tengah serabut poket tengah mengering ni, SMS coming!!
" 7/9/2012 @ 12:04pm, 017-38..... was topped up with RM60. Ref No:2916..."
wow!!!gile kentang!!ahaha...
REZEKI TUUU!! 


dengan cargasla sms tersayang n share topup dgn dia..uhuhu...pe salahnye kongsi sama kan? ^_^

Sunday, September 2, 2012

Perkembangan bayi 6 bulan

Menjelajahi dengan menggunakan tangan

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar bergolek

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.

Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.

Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi anda yang suka membebel

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira semasa mendengar cerita

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.
video
akid sudah 6 bulan...ALHAMDULILLAH...

Resepi Nasi Hujan Panas

Selamat Hari Raya!!..wat sekian kalinya,aku wat lagi menu "Nasi Hujan Panas" @ nasi warna warni org kawen!ihihi...xtau nk match dgn lauk pe,so aku decide wat ayam masak merah,rendang daging,acar buah(beli)..ihihi..n acar mentah..hasilnya ---> taraaaa... nk resepi?

Wednesday, August 29, 2012

suka gambar ni...

Wednesday, August 22, 2012

2012..kami raya berTIGA!!

alhamdulillah..tahun ni raya paling bermakna..utk pertama kali dpt beraya dgn yg tsayang n ade tmbah seorg dlm famili kami.. Tahun ni turn beraya d Ampang(umah aku ler)..lepas solat raya,bersalam-salaman,makan nsi impit,lodeh n rendang mama,kami bergerak ke umah tokwan. kemudian terus ke Muar,Johor..braya umah sdara n spupu d Johor. Oleh kerana kami bgerak ke selatan tanah air pd raya pertama,so xde kesesakan lalu lintas.."line clearrr"....


Saturday, June 30, 2012

Jalan-jalan makan - REDWOK RESTAURANT

Tiap tahun,mesti p berbuka pose d restoran ni..harga utk Dewasa (RM33), kanak2 (xpasti brp)..
Makanan notbad,ade buffet n pickup urself..plg suka nasi goreng nye,sdap!
Tempatnye d Bangi.
seb baik akid tdo,so mama n papa leh mkn dgn tenang..ihih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji