klik me

Friday, October 25, 2013

Anak @ Cucu nakal??

Assalamualaikum...erm, isu sensetip gakni sebab kadang-kadang bila anak @ cucu kita buat hal, boleh STRESS jadinyer!! masa nak memasak tu la dengar anak terjerit-jerit..masa nak rehat tu la ternampak anak terlompat-lompat sofa..masa nak makan tu la nampak anak menangis minta tolong macam-macam...ihihi...dah namanya Anak Kecil, mereka akan selalu minta perhatian daripada kita kan selaku ibu walaupun kadang tu ayahnye ade di sebelah...
Di sini mama akid ade sediakan beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelakkan anak-anak @ cucu yang cenderung melakukan aktiviti extreme samada di rumah @ di mana-mana untuk kita kongsi bersama...

* Selalu membaca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan pada umbun kepala semasa mereka sedang @ hendak tidur.

* Kena banyak bersabar, cakap dengan lemah lembut, dan pujuk dengan bahasa yang mudah.

* Apabila bangun pagi, peluk cium anak itu, berselawat dan berniat dalam hati. Baca surah al-Fatihah (pun sudah memadai)

* Jangan menakutkan anak-anak dengan berkata "ada hantu" sebagai signal untuk tidak pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya bercakap kepada mereka kenapa alasan untuk tidak perlu ke sana.

* Kami suami isteri amalkan pukul kaki dengan 2 jari sekiranya anak ada melakukan kesalahan yang melampau sekiranya "pujuk" xjalan!ihihi....

* Rajinlah membawa anak pergi bersiar2..bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan itu serta layan dia untuk bermain di dalam rumah dan bercakap dengannya untuk menambahkan skill pertuturannya.

* selainnya mendoakan kesejahteraan anak dan keluarga kita serta umat Nabi Muhammad s.a.w agar dijauhkan sebarang kesusahan.

ok yer..kalau hot ibu @ mama di luar sane yang ade tips untuk dikongsi, boleh komen di ruangan yang disediakan yer..TQ laling!!!

No comments:

Post a Comment

tQ! nanti mama akid reply yer! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji