klik me

Wednesday, April 30, 2014

MENU MUDAH UTK SIKECIK : COKODOK BAYAM

Hai kwn-kawan..aku nak kongsi 1 menu yang mungkin ade orang dah pernah buat. Tapi ini resepi yang aku buat minggu lepas sebagai "menu minum petang"...memandangkan si kecik di rumah tu jarang diberi menu sayur, so cokodok ni aku dedikasi khas utk MyKid..nutrien sihat juga kan?coz ade sayur!selain itu, cara cepat menghabiskan stok sayur dalam peti ais..ihihi...

RESEPI : COKODOK BAYAM

Bahan-bahan :
2 cawan air
2 cawan tepung gandum / naik sendiri
1 biji telur
10 helai bayam (daun sahaja - diricik halus-halus)
2 biji bawang putih (ricik halus-halus)
3/4 lobak (di sagat halus)
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Air dan garam di larutkan bersama. Masukkan tepung, bayam, bawang putih, telur (dipukul asing), dan garam secukup rasa.
2. Boleh goreng!!!



Inilah hasilnya!!gerenti si kcik tak perasan ade sayur dalam cokodok..terus ngap!ngap!nyum!nyum! je!!
SELAMAT MENCUBA!
COKODOK BAYAM DAN LOBAK

Tuesday, April 29, 2014

Aku serius dengan bidang baru ini... ^_^ THANK YOU ALLAH

THE CLIMB
I can almost see it
That dream I'm dreaming but
That a voice inside my head saying
U'll never reach it

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My Faith is shaking
But I...gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side..
IT'S THE CLIMB..

Suka dgn lirik lagu ni..jatuh bangun aku dalam bidang takaful ini, menjadikan aku semakin positif dan bersemangat! Dari situ aku lebih mengenali dan rapat dengan kawan-kawan sekeliling aku..
Betapa banyak "rejection" tp aku harus bangun sendiri kerana aku saje yang inginkan kejayaan itu...
they're my idol! aku akan jadi kuat, tabah dan semangat seperti mereka..INSYAALLAH...


Thursday, April 24, 2014

Dinner : Chicken Stuff With Spinach

nom..nom..ihihi...ala2 mat saleh gitu minggu lepas..memasak utk somi n anak..
tp myKid makan mashed potato je..ihih...
teringat plak masa mengandung dulu, aku amik 2 minggu cuti awal before due..saje nak
rehat di rumah. Bila duduk rumah, kenalah "menonton" ya pak!ihihi...
aku asik dgn channel #727 je la..main masak-masak gitu..
kadang-kadang diorang pun main campak je bawang putih, jintan, garam segala bagai..!
so, minggu lepas baru la teringat menu ni n try..erm, agak lama tu!
anak pun dah 2 tahun..ihihi...
so..biar gambar menceritakan segalanya..ihihi...

Chicken stuff with spinach


Bahan-bahannya :
2 Ketul ayam (isi)
Segenggam bayam
2 Biji kentang
1 sudu minyak utk menumis 
Bawang putih + merah utk menumis
1/2 cawan air
2 sudu tepung jagung
3 sudu susu rendah lemak @ susu tepung
2 sudu mayonis
Kubis
Secubit garam
Secubit gula

Cara-caranya :
1. Ayam dibelah bahagian tengah tulang dan sumbat dengan sayur bayam dan cucuk serta tutup bhgian terbuka tadi. Kemudian di perap dengan garam dan rempah dan bakar di oven dlm suhu 150'c selama 1/2 - 1 jam
2. Mashed Potato : Buang kulit dan rebus kentang. Bila sudah empuk, lecek dan gaul dengan susu & garam secukup rasa.
3. Gravy potato : Tumis bawang, masukkan (air dan tepung jagung - di satukan di luar sebelum masak) dan masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Coleslaw : Potong halus kubis dan gaul dengan mayonis dan masukkan sedikit gula.

SELAMAT MENCOBA..IHIHI ^_^

Monday, March 17, 2014

Sedih...Lamaranku di TOLAK! :(

erm...cuaca hari ini sedikit mengganggu mood saya. Walaupun masih dihurung rasa bimbang dan kasihan atas nasib penumpang MH370, tapi saya mesti kuatkan semangat untuk terus mengajak kawan2 untuk membuat insurans...Kenapa sukar mendapat kepercayaan orang? Mengapa mereka tidak semudah saya dulu, tika beriya2 mencari takaful advisor (agen insurans) sebagai langkah memastikan hidup saya dan family tidak terumbang ambing terutama soal WANG!huh....saya pasti ade lagi yang akan menerima LAMARAN KU itu..saya takkan putus asa walaupun lamaranku seringkali ditolak atau pun mereka hanya berdiam diri. AKU MESTI sabar & tabah!kan!..ihihi...

Kita gemar membeli belah, melancong, jalan-jalan cari makan, bersukan...tp sedarkah kita bahawa, sekiranya kita miliki insurans, hidup kita dan ahli keluarga kita lebih terjamin??

* siapa yang akan menyambung bayaran hutang rumah?
* siapa yang akan menyambung bayaran hutang bank?
* siapa yang akan membayar yuran pengajian anak?
* siapa yang akan menyara kita selepas bersara?
* siapa yang akan memenuhi kehendak anak-anak2 andai kita sakit?
* siapa yang akan memberi gaji bulanan kita andai kita sudah lumpuh kemalangan?
* siapa yang akan membeli belanja dapur??
YA ALLAH...BUKALAH HATI KAWAN2 KU SEKALIAN..saya benar ingin membantu..




tetapi LAMARANKU seringkali ditolak atas alasan :

* KENAPA MAHAL SANGAT?
* BELUM SEDIA LAGI BULAN INI..
* BANYAK LAGI PERBELANJAAN YANG HARUS DIBUAT
* BINCANG DENGAN SUAMI/ISTERI DAHULU
* MASIH MUDA..
* SYARIKAT DAH TAWARKAN INSURANS
* SELALU KENA TIPU
* TIADA MASA NAK DENGAR PENERANGAN...

#bayangkanlah..betapa gembiranya ahli keluarga kita sekiranya kesedihan berita kematian itu sedikit terubat kerana kita sudah meninggalkan wang untuk mereka..

"JIKA ANDA DILAHIRKAN MISKIN, BUKANLAH SALAH ANDA..TETAPI JIKA ANDA MATI MISKIN, IA ADALAH SALAH ANDA!!"...-bill gates

*JGN MALU CALL/WASAP/SMS PIJOT ; 017-3708978 - fiza - AGENT NO.1094992




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji