klik me

Friday, October 18, 2013

RESEPI PAU GEBU

Last sunday, mcm boring je dok umah goyang kaki (*cewah!)..ihihi..rajinla masuk stor dgn si kecik,kemas sama2..banyak rupenye kertas dan baju yang perlu di 5S!pastu terjumpa nota resepi masa belajar memasak dulu.jom mummies...kita mula mengadun memandangkan tepung pau ade dan hampir expired!ihihi..

RESEPI PAU GEBU
DOH

500 g tepung pau
2 tsp double action baking powder
11 g yis
30 g gula
2 tbs cuka masak - (untuk putihkan pau)
300 ml air suam @ susu segar
60 g shortening

* campur je semua bahan-bahan ni..pastu uli..letak dalam mangkuk besar n tutup dgn kain lembap @ wrapper n jemur.(aku letak kat dapur je)..

sampai doh naik camni beso!pastu tumbuk doh di tengah2..utk keluarkan angin dalam doh.
kemudian, uli la doh tu,kalau mcm melekit2 di tangan,tambah @ tabur dgn tepung gandum.

isilah dgn ape2 inti yang korang suka..kecik!beso!kecik!beso!ihihi...pastu kukus selama 15-20 minit...
TADAAAAAA..................
pau ni masih gebu dan lembut walaupun dah sejuk...TRY LA!!

Sebulan sudaaahh....

Assalamualaikum..Tanggal 18 Oktober 2013,genaplah sebulan aku meninggalkan JPA bagi meneruskan transformasi yang di bawa oleh Ketua yang baru. Aku telah diarahkan untuk bertukar ke Jab. Audit Negara. Sedih sebenarnya meninggalkan kawan, teman, sahabat seperjuangan setelah 10 tahun berkhidmat di JPA.Macam-macam hal yang berlaku dan suka duka yang aku lalui sepanjang perkhidmatan di sini. Terima kasih kepada Unit Operasi Awam yang membuat "farewell" untuk aku dan teman-teman yang lain serta cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan...sayu je rasa...
 
 tapi walau di mana kita berada, demi mencari rezeki halal, aku gagahkan jua untuk ke tempat baru. Alhamdulillah kawan2 baru dan kerja yang aku buat sekarang memberi manfaat yang baik. Kerja di bahagian Pentadbiran tidaklah seteruk operasi di Bahagian Pencen,JPA..Kini aku lebih relax menguruskan pentadbiran disertai 25 orang kakitangan Juruaudit sahaja..Tetapi sebenarnya, walau di mana kita berada, sama sahaja..pokok pangkal nya,tanya hati kita.."BERSEDIAKAH UNTUK TRANSFORMKAN DIRI ANDA"??!!saya sudah..anda bila lagi??hikhik...poyo!!

Thursday, October 17, 2013

Resepi Mousse Mangga

Assalamualaikum ibu,mama,umi..comey!...baiklah,hari ni mama akid nk kongsi resepi snek untuk anak 12 bulan dan ke atas..iaitu..jeng!jeng!

Resepi Mousse Mangga
(hidangan utk 4 org)

120 g (1/2 biji sederhana) mangga dilenyek menjadi puri
250 ml (1 cawan) krim putar
65 g (1/3 cawan) gula pasir * nk kurangkan skit pun bole sebab mangga dah manis..
10 g (2 sudu teh) gelatin tanpa perisa * jenama NONA
60 ml (4 sudu makan) air

Cara Memasak ;
1. Masukkan gelatin dan air ke dalam cawan kastard. Rendamkan cawan di dalam air panas dan kacau sehingga gelatin larut.
2. Masukkan puri mangga ke dalam larutan gelatin yang telah sejuk, kacau sehingga sebati dan letakkan ke tepi.
3. Masukkan krim ke dalam mangkuk berasingan dan pukul krim sehingga ia menjadi pekat. Kemudian perlahan-lahan masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
4. Campurkan puri mangga tadi ke dalam krim dan kacau sehingga sebati dan bahagi untuk 4-5 cawan cumel..
5. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 - 1 jam.

JOM TRY!!

* minta izin yer..gambar drp resepi blog www.tiffinbiru.com

Wednesday, October 16, 2013

ish!ish!!...lamanyer....

Assalamualaikum...Ya Ampun..berhabuk, bersawang, berkurun..dan adik beradik "ber" la..LUPA PASSWORD mmg masalah dan kekangan tugas hakiki yang tidak dapat dielakkan..ahaha..jgn marah yer..Insyaallah saye akan catat ceritera terbaru...tungggguuuu...


yummy strawberries tasty juicy pictures, backgrounds and images
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji