klik me

Thursday, April 24, 2014

Dinner : Chicken Stuff With Spinach

nom..nom..ihihi...ala2 mat saleh gitu minggu lepas..memasak utk somi n anak..
tp myKid makan mashed potato je..ihih...
teringat plak masa mengandung dulu, aku amik 2 minggu cuti awal before due..saje nak
rehat di rumah. Bila duduk rumah, kenalah "menonton" ya pak!ihihi...
aku asik dgn channel #727 je la..main masak-masak gitu..
kadang-kadang diorang pun main campak je bawang putih, jintan, garam segala bagai..!
so, minggu lepas baru la teringat menu ni n try..erm, agak lama tu!
anak pun dah 2 tahun..ihihi...
so..biar gambar menceritakan segalanya..ihihi...

Chicken stuff with spinach


Bahan-bahannya :
2 Ketul ayam (isi)
Segenggam bayam
2 Biji kentang
1 sudu minyak utk menumis 
Bawang putih + merah utk menumis
1/2 cawan air
2 sudu tepung jagung
3 sudu susu rendah lemak @ susu tepung
2 sudu mayonis
Kubis
Secubit garam
Secubit gula

Cara-caranya :
1. Ayam dibelah bahagian tengah tulang dan sumbat dengan sayur bayam dan cucuk serta tutup bhgian terbuka tadi. Kemudian di perap dengan garam dan rempah dan bakar di oven dlm suhu 150'c selama 1/2 - 1 jam
2. Mashed Potato : Buang kulit dan rebus kentang. Bila sudah empuk, lecek dan gaul dengan susu & garam secukup rasa.
3. Gravy potato : Tumis bawang, masukkan (air dan tepung jagung - di satukan di luar sebelum masak) dan masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Coleslaw : Potong halus kubis dan gaul dengan mayonis dan masukkan sedikit gula.

SELAMAT MENCOBA..IHIHI ^_^

Monday, March 17, 2014

Sedih...Lamaranku di TOLAK! :(

erm...cuaca hari ini sedikit mengganggu mood saya. Walaupun masih dihurung rasa bimbang dan kasihan atas nasib penumpang MH370, tapi saya mesti kuatkan semangat untuk terus mengajak kawan2 untuk membuat insurans...Kenapa sukar mendapat kepercayaan orang? Mengapa mereka tidak semudah saya dulu, tika beriya2 mencari takaful advisor (agen insurans) sebagai langkah memastikan hidup saya dan family tidak terumbang ambing terutama soal WANG!huh....saya pasti ade lagi yang akan menerima LAMARAN KU itu..saya takkan putus asa walaupun lamaranku seringkali ditolak atau pun mereka hanya berdiam diri. AKU MESTI sabar & tabah!kan!..ihihi...

Kita gemar membeli belah, melancong, jalan-jalan cari makan, bersukan...tp sedarkah kita bahawa, sekiranya kita miliki insurans, hidup kita dan ahli keluarga kita lebih terjamin??

* siapa yang akan menyambung bayaran hutang rumah?
* siapa yang akan menyambung bayaran hutang bank?
* siapa yang akan membayar yuran pengajian anak?
* siapa yang akan menyara kita selepas bersara?
* siapa yang akan memenuhi kehendak anak-anak2 andai kita sakit?
* siapa yang akan memberi gaji bulanan kita andai kita sudah lumpuh kemalangan?
* siapa yang akan membeli belanja dapur??
YA ALLAH...BUKALAH HATI KAWAN2 KU SEKALIAN..saya benar ingin membantu..




tetapi LAMARANKU seringkali ditolak atas alasan :

* KENAPA MAHAL SANGAT?
* BELUM SEDIA LAGI BULAN INI..
* BANYAK LAGI PERBELANJAAN YANG HARUS DIBUAT
* BINCANG DENGAN SUAMI/ISTERI DAHULU
* MASIH MUDA..
* SYARIKAT DAH TAWARKAN INSURANS
* SELALU KENA TIPU
* TIADA MASA NAK DENGAR PENERANGAN...

#bayangkanlah..betapa gembiranya ahli keluarga kita sekiranya kesedihan berita kematian itu sedikit terubat kerana kita sudah meninggalkan wang untuk mereka..

"JIKA ANDA DILAHIRKAN MISKIN, BUKANLAH SALAH ANDA..TETAPI JIKA ANDA MATI MISKIN, IA ADALAH SALAH ANDA!!"...-bill gates

*JGN MALU CALL/WASAP/SMS PIJOT ; 017-3708978 - fiza - AGENT NO.1094992




Thursday, March 6, 2014

Feel Great with GREAT EASTERN TAKAFUL!

Alhamdulillah...semoga Allah berikan kesihatan yang baik untukku terus mengembangkan ilmu tentang TAKAFUL kpd kawan-kawan di luar sane. Rezeki tahun baru, saye terpilih sebagai TOP NOC atau lebih tepat TOP AGENT NUMBER OF CASES..walaupun masih peringkat bayi 4 bulan sebagai agen takaful, saye dah terima title bagi bulan Januari..so kawan-kawan, percayalah dengan saya kerana ilmu yang disampaikan amat bermanfaat...especially untuk org ISLAM...
jom buat medical card dgn saye nk?macam-macam faedah dlm medical card ni..bkn stakat claim utk kegunaan hospital je...boleh tgk pd entry sbelum ni. Mungkin bidang ini yang benar-benar saye suka.. In syaa Allah, dah stabil sok, nak buat FULL TIME sebab rasa tanggungjawab pada clients yang ada dan akan datang ni utk jaga kebajikan mereka..la ni masih makan gaji..ihihi..



HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA PAPA!! 2 Mac 2014

Assalamualaikum..Februari dah meninggalkn kita..kini Mac, pantas skali masa berlalu..lagi 5 bulan nak raya!!!AHAHAH....dah tempah baju??erm,maybe tahun ni aku beli je kot..
Alhamdulillah, myKid pun dah 2 tahun..macam biasa, masuk tarikh kelahiran akid, dia lain macam skit..agaknye teringat masa nak lahir dulu..ihihi...
Dah anak sulung ni, so aku wat gakla masak-masak di rumah..atok sponsored kek..(xminta ek,atok hulur duit..ihihi...jgn ditolak!)
aku masak spagethi bolognese chicken ball..adik bradik yang datang..insyaallah ade rezeki lebih,kita buat meriah lagi..so, seperti doa2 akid masa tidur, mama n papa untuk akid :

1. semoga menjadi anak yg soleh
2. dapat jaga mama dan papa
3. baik dengan semua orang
4. sabar
5. cemerlang dunia akhirat
6. hormat orang tua

akid mama pun bijak main, susun mainan, nak masak dengan mama..ihihi...walaupun kadang2 tu dah pandai naik angin!ihihi...tp takpe..tu yang buat mama papa rindu akid tiap hari!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji