klik me

Monday, March 17, 2014

Sedih...Lamaranku di TOLAK! :(

erm...cuaca hari ini sedikit mengganggu mood saya. Walaupun masih dihurung rasa bimbang dan kasihan atas nasib penumpang MH370, tapi saya mesti kuatkan semangat untuk terus mengajak kawan2 untuk membuat insurans...Kenapa sukar mendapat kepercayaan orang? Mengapa mereka tidak semudah saya dulu, tika beriya2 mencari takaful advisor (agen insurans) sebagai langkah memastikan hidup saya dan family tidak terumbang ambing terutama soal WANG!huh....saya pasti ade lagi yang akan menerima LAMARAN KU itu..saya takkan putus asa walaupun lamaranku seringkali ditolak atau pun mereka hanya berdiam diri. AKU MESTI sabar & tabah!kan!..ihihi...

Kita gemar membeli belah, melancong, jalan-jalan cari makan, bersukan...tp sedarkah kita bahawa, sekiranya kita miliki insurans, hidup kita dan ahli keluarga kita lebih terjamin??

* siapa yang akan menyambung bayaran hutang rumah?
* siapa yang akan menyambung bayaran hutang bank?
* siapa yang akan membayar yuran pengajian anak?
* siapa yang akan menyara kita selepas bersara?
* siapa yang akan memenuhi kehendak anak-anak2 andai kita sakit?
* siapa yang akan memberi gaji bulanan kita andai kita sudah lumpuh kemalangan?
* siapa yang akan membeli belanja dapur??
YA ALLAH...BUKALAH HATI KAWAN2 KU SEKALIAN..saya benar ingin membantu..




tetapi LAMARANKU seringkali ditolak atas alasan :

* KENAPA MAHAL SANGAT?
* BELUM SEDIA LAGI BULAN INI..
* BANYAK LAGI PERBELANJAAN YANG HARUS DIBUAT
* BINCANG DENGAN SUAMI/ISTERI DAHULU
* MASIH MUDA..
* SYARIKAT DAH TAWARKAN INSURANS
* SELALU KENA TIPU
* TIADA MASA NAK DENGAR PENERANGAN...

#bayangkanlah..betapa gembiranya ahli keluarga kita sekiranya kesedihan berita kematian itu sedikit terubat kerana kita sudah meninggalkan wang untuk mereka..

"JIKA ANDA DILAHIRKAN MISKIN, BUKANLAH SALAH ANDA..TETAPI JIKA ANDA MATI MISKIN, IA ADALAH SALAH ANDA!!"...-bill gates

*JGN MALU CALL/WASAP/SMS PIJOT ; 017-3708978 - fiza - AGENT NO.1094992




Thursday, March 6, 2014

Feel Great with GREAT EASTERN TAKAFUL!

Alhamdulillah...semoga Allah berikan kesihatan yang baik untukku terus mengembangkan ilmu tentang TAKAFUL kpd kawan-kawan di luar sane. Rezeki tahun baru, saye terpilih sebagai TOP NOC atau lebih tepat TOP AGENT NUMBER OF CASES..walaupun masih peringkat bayi 4 bulan sebagai agen takaful, saye dah terima title bagi bulan Januari..so kawan-kawan, percayalah dengan saya kerana ilmu yang disampaikan amat bermanfaat...especially untuk org ISLAM...
jom buat medical card dgn saye nk?macam-macam faedah dlm medical card ni..bkn stakat claim utk kegunaan hospital je...boleh tgk pd entry sbelum ni. Mungkin bidang ini yang benar-benar saye suka.. In syaa Allah, dah stabil sok, nak buat FULL TIME sebab rasa tanggungjawab pada clients yang ada dan akan datang ni utk jaga kebajikan mereka..la ni masih makan gaji..ihihi..



HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA PAPA!! 2 Mac 2014

Assalamualaikum..Februari dah meninggalkn kita..kini Mac, pantas skali masa berlalu..lagi 5 bulan nak raya!!!AHAHAH....dah tempah baju??erm,maybe tahun ni aku beli je kot..
Alhamdulillah, myKid pun dah 2 tahun..macam biasa, masuk tarikh kelahiran akid, dia lain macam skit..agaknye teringat masa nak lahir dulu..ihihi...
Dah anak sulung ni, so aku wat gakla masak-masak di rumah..atok sponsored kek..(xminta ek,atok hulur duit..ihihi...jgn ditolak!)
aku masak spagethi bolognese chicken ball..adik bradik yang datang..insyaallah ade rezeki lebih,kita buat meriah lagi..so, seperti doa2 akid masa tidur, mama n papa untuk akid :

1. semoga menjadi anak yg soleh
2. dapat jaga mama dan papa
3. baik dengan semua orang
4. sabar
5. cemerlang dunia akhirat
6. hormat orang tua

akid mama pun bijak main, susun mainan, nak masak dengan mama..ihihi...walaupun kadang2 tu dah pandai naik angin!ihihi...tp takpe..tu yang buat mama papa rindu akid tiap hari!





Thursday, February 20, 2014

PENAT TAPI BERBALOI...

Pagi...agak bosan pagi ni sebab belum ada apa-apa planning...tapi, kita tetap bersemangat untuk memberi aura positif dan ceria pada kawan-kawan lain.erm,..so pagi ni saya nak update cerita minggu lepas. Disebabkan bufday mama akid ni jatuh pada 1st FEBRUARY..(anak wilayah..op cos cuti!),tp kena attend wedding adik ipar di Jengka, Pahang. Majlis Bertandang..kena postphone la jawabnye utk celebrate my bufday..rancang nak ke gambang @ naik genting..tp fikir smula,next time la coz kewangan tak mengizinkan..ihihi...

Mama akid dah berumur...jeng!jeng!!...31!!OMG!!but it's ok!just a number..so, last week saye kena attend class for new agent @ advisor di Great Eastern Training Centre, GE Mall..sangat seronok sebab kita dapat bergaul dengan kawan-kawan baru from others company dan kebanyakkan mereka adalah chinese..erm, time ni la nak asah bakat "speaking" kan!ahaha..walaupun like rojak,but ok je as long as we understand...class pun in B.I...ha,amik ko!balik je umah,baru #day 1,aku dh pening!!
Abes class around 5 p.m dan terus jumpa client d Secret Recipe,Pandan Indah..cerita pasal Medical Card..Alhamdulillah, masih ada insan yg concern bout her daughter health..risau katanye jadi ape2 yg serius sebab hosp. Govern ok..but just in case..

Malamnye tetiba hubby cakap nak p makan luar. Ingatkan mamak stall @ fastfood je..but..erm,..sampai la ke ARMADA HOTEL..belated bufday belanja katanye!wow...ingatkan lupe terus..ihihi..dan mcm biasa, myKiD takmau dok diam.makan sikit n lari..makan sikit n lari..tapi takpe sebab tak ramai sangat..
#ni je dan nk capture..lain dah masuk perut sebab si kecik pun dah panas punggung, nak berlari je..ihihi..
but the foods,wow..sedap bangat!!trust me..
TQ SAYANG...!
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji