klik me

Friday, October 18, 2013

Sebulan sudaaahh....

Assalamualaikum..Tanggal 18 Oktober 2013,genaplah sebulan aku meninggalkan JPA bagi meneruskan transformasi yang di bawa oleh Ketua yang baru. Aku telah diarahkan untuk bertukar ke Jab. Audit Negara. Sedih sebenarnya meninggalkan kawan, teman, sahabat seperjuangan setelah 10 tahun berkhidmat di JPA.Macam-macam hal yang berlaku dan suka duka yang aku lalui sepanjang perkhidmatan di sini. Terima kasih kepada Unit Operasi Awam yang membuat "farewell" untuk aku dan teman-teman yang lain serta cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan...sayu je rasa...
 
 tapi walau di mana kita berada, demi mencari rezeki halal, aku gagahkan jua untuk ke tempat baru. Alhamdulillah kawan2 baru dan kerja yang aku buat sekarang memberi manfaat yang baik. Kerja di bahagian Pentadbiran tidaklah seteruk operasi di Bahagian Pencen,JPA..Kini aku lebih relax menguruskan pentadbiran disertai 25 orang kakitangan Juruaudit sahaja..Tetapi sebenarnya, walau di mana kita berada, sama sahaja..pokok pangkal nya,tanya hati kita.."BERSEDIAKAH UNTUK TRANSFORMKAN DIRI ANDA"??!!saya sudah..anda bila lagi??hikhik...poyo!!

3 comments:

  1. wah ade byk wajah2 yg sy rindui dlm post ni! sy yg 3 thn kt jpa pun susah nak lupekan memori kt sane, apetah lg pijot yg lg lame kan? tp xpe, perubahan itu perlu utk kte tmbh ilmu n pengalaman. goodluck dear ;)

    ReplyDelete
  2. kan..susah nk lupe sbb tpksa tingglkn kawan makan minum!ihihi...tringat nota2 kcik cik saudah..n tringat gaya cik sofiah pgang pen pink panjang dia tu...ihihi...

    ReplyDelete
  3. kek "mantan JPA"...mcm dh jd KPPA je aku ni...ihihi...ape2 pun,kek shedap!TQ

    ReplyDelete

tQ! nanti mama akid reply yer! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji