klik me

Saturday, December 20, 2014

ANUGERAH AHMAD ALBAB JUNIOR

Cute kan tajuk tu..tapi itulah hakikatnya.. Baik dari demam, opish papa ade buat dinner di UPM. Erm, mama bab2 camni memang suka sangat!!biar tengah membuyong camni,kena kelihatan santek gak kan. Pastu papa cakap, ade PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM untuk anak-anak sehingga 6tahun. Dengan pantas, aku minta papa bagi nama pada urusetia dan buat sikit research pasal baju-baju mengikut tema P.RAMLEE...erm, laki paling simple la, just pakai baju kota,lipat lengan kiri kanan..aku terfikir nak carikan TARBUS untuk akid, tapi di mana ya???
Biarlah sarat-sarat macam ni, redah jugalah KUALA LUMPUR tu..ihihi..n JUMPE!!!!agak mahal gak,tp dah alang-alang sampai dan nak menang,aku gagahkan juga jebat..ihihi...

Hari dan malam yang dinanti sudah tiba. Dengan berbekal sedikit props seperti gitar dan spek itam,aku mesti pastikan "mood" akid malam ni OK dan berjalan lancar...
tadaaaa......!!!saingan sengit dan ramai juga anak-anak kecil yang cuba nasib..ALHAMDULILLAH, malam ini "ANA YANG PUNYAAAA!!!"...

AND THE WINNER IS.....MUHAMMAD AKID ZIKRI BIN MOHD FAUZI

Monday, December 15, 2014

1st time..Pengalaman & Perbezaan Akid Zikri admited di Hosp. Kajang & KPJ Kajang

Erm, berat dugaan ketika mengandung yang kedua ni. Usia kandunganku sudah 8bulan lebih..Satu kejadian yang tidak ku sangka!Abang akid demam, suhu tidaklah terlalu tinggi, cuma 37.8..Sedang aku ingin merehatkan badan disebelah akid, tiba-tiba nampak akid menggigil dan terus "TARIK"!!Ya Allah, terkejut aku dan terus panggil papa!cepat-cepat papa angkat akid dan bawa ke bilik air. Kami sudah masukkan jari ke mulut akid,untuk elak kancing gigi.Sakit nya tak terfikir dah,cuma nak akid sedar semula je sebab keadaan dia yang sgt mencemaskan waktu tu!kami alirkan shower ke kaki akid,papa dh jerit2 panggil nama akid sambil nangis teresak2..aku suruh papa azan kuat2 di telinga akid..Ya Allah hanya pada Mu kami berserah..dalam 2-3 minit juga akid begitu,dan selepas itu,dia pengsan dan lemah. Lantas kami telefon klinik kerana inginkan ambulan untuk datang ambil.Malangnya, pihak hosp mohon kami untuk ke klinik terdekat. Bergegas kami ke Klinik Kesihatan Kajang dan membuat pemeriksaan di situ dan akid diberi suntikan..Keadaan kembali redha dan kami dibawa ke Hosp Kajang..
Sesampai di sana, emergency room,mmg sesak dgn yang sakit suspek denggi, dgn foreigner, dgn yang accident!!akid lemah dlm dakapanku. Doc dtg menghampiri dan ingin mengambil sampel darah akid, dkat 3-4x kena cucuk sebab xmengena ke urat darah..Aku mula geram pada doc sebab akid dah meraung2 sakit!Tiada pujukan atau kata2 manis dari doc untuk anakku..
1 JAM KEMUDIAN, kami di bawa ke katil pesakit, wad kanak-kanak yang sangat sesak. aku yang sihat ni pun,kasihan melihat mereka..1 bilik @ hall, dekat 12 KATIL!!!KIRI DAN KANAN, adalah pesakit SUSPEK DENGGI, depan akid, demam batuk kokol..akid xselesa, begitu juga aku..3-4x juga kena soal dgn doc utk laporan perubatan akid..yer!4x DENGAN DOKTOR YANG BERLAINAN,PROSEDUR KATANYE...baikla, aku turutkan aje. Akid diduga lagi utk bagi ubat. meronta-ronta dibuatnya. Akid dipaksa minum ubat dengan berbalut badan dengan selimut,mcm orang sakit jiwa tu..hatiku sayu :(

Aku (mengandung)   : nurse, boleh tak saya nak stay di sini bersama-sama suami nak jaga anak saya?
Nurse (mengandung): maaf puan, tak bole.
Aku                           : takde orang nak hantar saya pulang ke rumah kalau suami hantar saya nanti,siapa nak tengok2kan anak saya? saya tak boleh nk jaga anak saya seorang di sini(tengok sama mengandung kan).
Nurse                         : Jika anak dah nak nazak, baru kita izinkan parents utk jaga bersama.
Aku                            : *terdiam dan mengucap dgn kata-kata nurse tu..ape nurse2 kerajaan ni memang dan bosan layan karenah ibu mcm aku ke,utk dia jawab permintaan aku sebegitu?xpe,mesti ada jalan lain..dek sebab doc ni 4x amik report pada aku, so doc yang last ni,aku bagi dia option, samada nak benarkan aku tinggal di sini wit hubby, atau aku minta discharge sekarang juga! (tetiba teringat ade MEDICAL CARD DR GREAT EASTERN TAKAFUL - sebab siang tadi dah kelam kabut).
so, doc bagi aku stay wit husband n izinkn akid untuk discharge tomorrow morning to TRANSFER CASE AT KPJ,KAJANG..

ALHAMDULILLAH, urusan kami dipermudahkan..di KPJ KAJANG, GL by Great Eastern Takaful, amik masa tak sampai 1/2 jam dan akid dimasukkan ke wad kanak2. Doc n nurse yang merawat pun, happy je, layanan pun baik, makanan tiptop!!meronta-ronta nangis kerana kena paksa minum ubat pun, mereka masih bersabar dan pujuk akid untuk bertenang. Kami pun boleh tinggal bersama di situ. Alhamdulillah, akid dapat discharge selepas 3 hari di KPJ Kajang.
*Thomas & Friends : hadiah daripada mama n papa sebab dh sihat!oyeaahhh


So rakan-rakan..kita tidak akan dapat menduga, bila kita di datangi sakit. Kita sebagai ibu bapa, inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Biar kita berbaki RM50 untuk belanja makan dalam poket, agar anak-anak ada MEDICAL CARD. sebab kami tahu, yang FREE itu, semua orang nak!Buatlah MEDICAL CARD untuk anak-anak dari sekarang. Semua orang ada macam-macam komitmen. Tapi bila anak sakit, komitmen kah yang membantu kita???TEPUK DADA TANYA SELERA, tengok HANDPHONE, WHATSAPP la pijot 0173708978 untuk info miliki MEDICAL CARD YANG TERBAIK DR GREAT EASTERN TAKAFUL.

Friday, September 5, 2014

We are COKODOK LOVERS!!

COKODOK KU NAN HADO

nyum!nyum! nampak je dah sedap kan! daripada bahan-bahan ni terbuang sebab dh tinggal seinci dua, baik kita manfaatkan menjadi "COKODOK KU NAN HADO"...

actually, we are cokodok lovers!Alhamdulillah anak pun suka. bila kita buat bahan-bahan ni menjadi kecil @ diracik-racik halus cenggini, anak pun bole ngap je!haritu buat cokodok bayam pun lulus tanpa cop SIRIM!ahaha...biasala budak,mesti ade je tak kena kalau bab makan ni.
tp utk papa, ade versi ikan bilis la..sebab anak maybe tak suka sekor-sekor camtu dalam cokodok dia..

So, boleh mula menggoreng dengan minyak yg banyak n panas..sebab kalau tak, cokodok tak dapat naik dengan cantik dan akan serap minyak..haaa...itu tak elok...

Bahan-bahan cokodok:

Tepung gandum
Serbuk penaik (sikit shj)
mentega
Daun sup
Bawang putih (sagat)
Bawang merah (potong dadu)
Kentang (potong dadu)
Kubis Ungu (racik)
Lobak merah (sagat)
Telur
Garam

Adik Akid sudah 5 bulan..Alhamdulillah..

Agak bersawang blog aku ni. lama sudah xupdate ape yg perlu..penat barangkali, dengan alahan untuk 2nd baby ni..erm,dugaan...
So, inilah suprise nyer!dah lama capture gambar ni, tp kekangan masa dan penyakit Malas melanda!ihihi...
dan perangai si Abang, mcm-mcm dugaan jugakla..jenuhla mama papa nak layan. Kalau bab merajuk, erm..jangan citerla..tiap kali cakap "NO!..JANGAN!..TAK BOLEH!"...terus sujud merajuk!(agak cumel di situ..)



Monday, June 9, 2014

Wednesday, May 7, 2014

SAYA ADALAH PENASIHAT KEWANGAN@TAKAFUL ANDA!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Jom pm/wasap sayer..Kebanyakkan kita sudah pun miliki TAKAFUL, tp tidak mengetahui ape yang terkandung, atau ape butiran yang kita layak terima. Rata-rata menyalahkan agen kerana tidak maklum, tidak kenal, "missing in action"...so..carilah agen/takaful dikalangan anda..Contohnya saya..IHIHI...
Saya bersyukur kerana bernaung di bawah ZARINA AGENSI (GREAT EASTERN TAKAFUL) Top 1 in KL...(wahh...budget retis2 je naungan kan!?)...ihihih...

#pada yang inginkan temujanji, bole menghubungi saya @ sms @ wasap : 017-3708978 (fiza/pijot)
@ #pada yang ingin menjadi sebahagian daripada team kami, amat dialu2kan..BAYARAN PENDAFTARAN???MANE ADE!!!FREE LORRR!!!

Meeting Session every tuesday - 8.30 - 10.00 pm - MUST COME!
ZARINA & SAH AGENCY - TOP 1 (KL)
MDM. ZARINA 
positive people!
My BFF!! Mrs. Zarina n Miss Ira...SHARIFAH UMMIRAH SYED OMAR (her fullname)
@ ira jol's (glamour name...sangat!ahaha)
@ ira yoko2...(xtau nape aku suka panggil nama tu)
DEPA NI LA YANG PERKENALKAN AKU DGN BUSINES TAKAFUL NI..BEST SANGAT!!

Wednesday, April 30, 2014

MENU MUDAH UTK SIKECIK : COKODOK BAYAM

Hai kwn-kawan..aku nak kongsi 1 menu yang mungkin ade orang dah pernah buat. Tapi ini resepi yang aku buat minggu lepas sebagai "menu minum petang"...memandangkan si kecik di rumah tu jarang diberi menu sayur, so cokodok ni aku dedikasi khas utk MyKid..nutrien sihat juga kan?coz ade sayur!selain itu, cara cepat menghabiskan stok sayur dalam peti ais..ihihi...

RESEPI : COKODOK BAYAM

Bahan-bahan :
2 cawan air
2 cawan tepung gandum / naik sendiri
1 biji telur
10 helai bayam (daun sahaja - diricik halus-halus)
2 biji bawang putih (ricik halus-halus)
3/4 lobak (di sagat halus)
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Air dan garam di larutkan bersama. Masukkan tepung, bayam, bawang putih, telur (dipukul asing), dan garam secukup rasa.
2. Boleh goreng!!!



Inilah hasilnya!!gerenti si kcik tak perasan ade sayur dalam cokodok..terus ngap!ngap!nyum!nyum! je!!
SELAMAT MENCUBA!
COKODOK BAYAM DAN LOBAK

Tuesday, April 29, 2014

Aku serius dengan bidang baru ini... ^_^ THANK YOU ALLAH

THE CLIMB
I can almost see it
That dream I'm dreaming but
That a voice inside my head saying
U'll never reach it

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My Faith is shaking
But I...gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side..
IT'S THE CLIMB..

Suka dgn lirik lagu ni..jatuh bangun aku dalam bidang takaful ini, menjadikan aku semakin positif dan bersemangat! Dari situ aku lebih mengenali dan rapat dengan kawan-kawan sekeliling aku..
Betapa banyak "rejection" tp aku harus bangun sendiri kerana aku saje yang inginkan kejayaan itu...
they're my idol! aku akan jadi kuat, tabah dan semangat seperti mereka..INSYAALLAH...


Thursday, April 24, 2014

Dinner : Chicken Stuff With Spinach

nom..nom..ihihi...ala2 mat saleh gitu minggu lepas..memasak utk somi n anak..
tp myKid makan mashed potato je..ihih...
teringat plak masa mengandung dulu, aku amik 2 minggu cuti awal before due..saje nak
rehat di rumah. Bila duduk rumah, kenalah "menonton" ya pak!ihihi...
aku asik dgn channel #727 je la..main masak-masak gitu..
kadang-kadang diorang pun main campak je bawang putih, jintan, garam segala bagai..!
so, minggu lepas baru la teringat menu ni n try..erm, agak lama tu!
anak pun dah 2 tahun..ihihi...
so..biar gambar menceritakan segalanya..ihihi...

Chicken stuff with spinach


Bahan-bahannya :
2 Ketul ayam (isi)
Segenggam bayam
2 Biji kentang
1 sudu minyak utk menumis 
Bawang putih + merah utk menumis
1/2 cawan air
2 sudu tepung jagung
3 sudu susu rendah lemak @ susu tepung
2 sudu mayonis
Kubis
Secubit garam
Secubit gula

Cara-caranya :
1. Ayam dibelah bahagian tengah tulang dan sumbat dengan sayur bayam dan cucuk serta tutup bhgian terbuka tadi. Kemudian di perap dengan garam dan rempah dan bakar di oven dlm suhu 150'c selama 1/2 - 1 jam
2. Mashed Potato : Buang kulit dan rebus kentang. Bila sudah empuk, lecek dan gaul dengan susu & garam secukup rasa.
3. Gravy potato : Tumis bawang, masukkan (air dan tepung jagung - di satukan di luar sebelum masak) dan masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Coleslaw : Potong halus kubis dan gaul dengan mayonis dan masukkan sedikit gula.

SELAMAT MENCOBA..IHIHI ^_^

Monday, March 17, 2014

Sedih...Lamaranku di TOLAK! :(

erm...cuaca hari ini sedikit mengganggu mood saya. Walaupun masih dihurung rasa bimbang dan kasihan atas nasib penumpang MH370, tapi saya mesti kuatkan semangat untuk terus mengajak kawan2 untuk membuat insurans...Kenapa sukar mendapat kepercayaan orang? Mengapa mereka tidak semudah saya dulu, tika beriya2 mencari takaful advisor (agen insurans) sebagai langkah memastikan hidup saya dan family tidak terumbang ambing terutama soal WANG!huh....saya pasti ade lagi yang akan menerima LAMARAN KU itu..saya takkan putus asa walaupun lamaranku seringkali ditolak atau pun mereka hanya berdiam diri. AKU MESTI sabar & tabah!kan!..ihihi...

Kita gemar membeli belah, melancong, jalan-jalan cari makan, bersukan...tp sedarkah kita bahawa, sekiranya kita miliki insurans, hidup kita dan ahli keluarga kita lebih terjamin??

* siapa yang akan menyambung bayaran hutang rumah?
* siapa yang akan menyambung bayaran hutang bank?
* siapa yang akan membayar yuran pengajian anak?
* siapa yang akan menyara kita selepas bersara?
* siapa yang akan memenuhi kehendak anak-anak2 andai kita sakit?
* siapa yang akan memberi gaji bulanan kita andai kita sudah lumpuh kemalangan?
* siapa yang akan membeli belanja dapur??
YA ALLAH...BUKALAH HATI KAWAN2 KU SEKALIAN..saya benar ingin membantu..




tetapi LAMARANKU seringkali ditolak atas alasan :

* KENAPA MAHAL SANGAT?
* BELUM SEDIA LAGI BULAN INI..
* BANYAK LAGI PERBELANJAAN YANG HARUS DIBUAT
* BINCANG DENGAN SUAMI/ISTERI DAHULU
* MASIH MUDA..
* SYARIKAT DAH TAWARKAN INSURANS
* SELALU KENA TIPU
* TIADA MASA NAK DENGAR PENERANGAN...

#bayangkanlah..betapa gembiranya ahli keluarga kita sekiranya kesedihan berita kematian itu sedikit terubat kerana kita sudah meninggalkan wang untuk mereka..

"JIKA ANDA DILAHIRKAN MISKIN, BUKANLAH SALAH ANDA..TETAPI JIKA ANDA MATI MISKIN, IA ADALAH SALAH ANDA!!"...-bill gates

*JGN MALU CALL/WASAP/SMS PIJOT ; 017-3708978 - fiza - AGENT NO.1094992




Thursday, March 6, 2014

Feel Great with GREAT EASTERN TAKAFUL!

Alhamdulillah...semoga Allah berikan kesihatan yang baik untukku terus mengembangkan ilmu tentang TAKAFUL kpd kawan-kawan di luar sane. Rezeki tahun baru, saye terpilih sebagai TOP NOC atau lebih tepat TOP AGENT NUMBER OF CASES..walaupun masih peringkat bayi 4 bulan sebagai agen takaful, saye dah terima title bagi bulan Januari..so kawan-kawan, percayalah dengan saya kerana ilmu yang disampaikan amat bermanfaat...especially untuk org ISLAM...
jom buat medical card dgn saye nk?macam-macam faedah dlm medical card ni..bkn stakat claim utk kegunaan hospital je...boleh tgk pd entry sbelum ni. Mungkin bidang ini yang benar-benar saye suka.. In syaa Allah, dah stabil sok, nak buat FULL TIME sebab rasa tanggungjawab pada clients yang ada dan akan datang ni utk jaga kebajikan mereka..la ni masih makan gaji..ihihi..



HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA PAPA!! 2 Mac 2014

Assalamualaikum..Februari dah meninggalkn kita..kini Mac, pantas skali masa berlalu..lagi 5 bulan nak raya!!!AHAHAH....dah tempah baju??erm,maybe tahun ni aku beli je kot..
Alhamdulillah, myKid pun dah 2 tahun..macam biasa, masuk tarikh kelahiran akid, dia lain macam skit..agaknye teringat masa nak lahir dulu..ihihi...
Dah anak sulung ni, so aku wat gakla masak-masak di rumah..atok sponsored kek..(xminta ek,atok hulur duit..ihihi...jgn ditolak!)
aku masak spagethi bolognese chicken ball..adik bradik yang datang..insyaallah ade rezeki lebih,kita buat meriah lagi..so, seperti doa2 akid masa tidur, mama n papa untuk akid :

1. semoga menjadi anak yg soleh
2. dapat jaga mama dan papa
3. baik dengan semua orang
4. sabar
5. cemerlang dunia akhirat
6. hormat orang tua

akid mama pun bijak main, susun mainan, nak masak dengan mama..ihihi...walaupun kadang2 tu dah pandai naik angin!ihihi...tp takpe..tu yang buat mama papa rindu akid tiap hari!





Thursday, February 20, 2014

PENAT TAPI BERBALOI...

Pagi...agak bosan pagi ni sebab belum ada apa-apa planning...tapi, kita tetap bersemangat untuk memberi aura positif dan ceria pada kawan-kawan lain.erm,..so pagi ni saya nak update cerita minggu lepas. Disebabkan bufday mama akid ni jatuh pada 1st FEBRUARY..(anak wilayah..op cos cuti!),tp kena attend wedding adik ipar di Jengka, Pahang. Majlis Bertandang..kena postphone la jawabnye utk celebrate my bufday..rancang nak ke gambang @ naik genting..tp fikir smula,next time la coz kewangan tak mengizinkan..ihihi...

Mama akid dah berumur...jeng!jeng!!...31!!OMG!!but it's ok!just a number..so, last week saye kena attend class for new agent @ advisor di Great Eastern Training Centre, GE Mall..sangat seronok sebab kita dapat bergaul dengan kawan-kawan baru from others company dan kebanyakkan mereka adalah chinese..erm, time ni la nak asah bakat "speaking" kan!ahaha..walaupun like rojak,but ok je as long as we understand...class pun in B.I...ha,amik ko!balik je umah,baru #day 1,aku dh pening!!
Abes class around 5 p.m dan terus jumpa client d Secret Recipe,Pandan Indah..cerita pasal Medical Card..Alhamdulillah, masih ada insan yg concern bout her daughter health..risau katanye jadi ape2 yg serius sebab hosp. Govern ok..but just in case..

Malamnye tetiba hubby cakap nak p makan luar. Ingatkan mamak stall @ fastfood je..but..erm,..sampai la ke ARMADA HOTEL..belated bufday belanja katanye!wow...ingatkan lupe terus..ihihi..dan mcm biasa, myKiD takmau dok diam.makan sikit n lari..makan sikit n lari..tapi takpe sebab tak ramai sangat..
#ni je dan nk capture..lain dah masuk perut sebab si kecik pun dah panas punggung, nak berlari je..ihihi..
but the foods,wow..sedap bangat!!trust me..
TQ SAYANG...!
  

Tuesday, January 21, 2014

ASB, TABUNG HAJI vS i-Great AMAL GREAT EASTERN TAKAFUL

Salam selasa!

lemau rasanye cuti berderet ni kan..dari hari Jumaat. Smlm plak ade perhimpunan Amanat Ketua Setiausaha Negara di PICC, makin lemau nak buat kije!
Alhamdulillah, minggu lepas dapat gak lepas niat nak bawa MyKid Zikri main pasir pantai..pasir ke?kami ke Regency Resort Tanjung Tuan, PD..

awalnye macam takut dia nk main ombak, pijak pasir pantai pun tgk dia mcm pelik!
tp bila dah ajak dia byk kali, baru tahuuu....taknak naik darat tau!nak dok main ombak je. abes basah baju mama dan papa. takpela, untuk Akid, sgalanya ku korbankan!walaupun spender basah!AHAHA!!!
 Alang-alang tu, saye nak story sikit pasal simpanan tetap( pada yang nak buat simpanan untuk anak kecil, berbaloi amik ni).
saye sertakan perbandingan supaya senang korang nak faham..
Dalam TV9 plak haritu ade menerangkan tentang HARAM simpan duit di ASB,so ape lagi kawan2..jom simpan di sini..

terang sudah lagi bersuluh, sememangnya GREAT EASTERN TAKAFUL wujudkan produk ni sememangnya untuk orang Islam dan banyak faedahnya..
ape salahnya saye kongsi benda yang baikkan?
memandangkan giliran untuk menunaikan haji lebih kurang berjuta-juta lemon orang menunggu, so ape kata simpan di sini..
sekurang-kurangnya ada pampasan & khairat kematian andai jadi apa-apa pd kita...
let say simpan...(seperti dalam jadual ni)..

amaun sama je,tp kan ke kelebihan tu ada pada i-Great AMAL...

erm..dah fikir kawan-kawan?meh pm saye..Mama akid akan terangkan lebih lanjut mane-mane yang kurang faham tu. I'Allah...
terus call/sms/wasap ; 0173708978



Thursday, January 16, 2014

Akhirnya ku miliki KAU jua!!

erm..baru la hati ni tenang sikit..lepas ni kalau p mana2 dah tak risau sebab kami sudah berjaya miliki...........

inilah dia..MEDICAL CARD dari GREAT EASTERN TAKAFUL INSURANS.Alhamdulillah..aku ambil polisi medical card ni atas sebab tertentu. Antaranya sebab ;

         * bimbang keselematan diri dan juga ahli keluarga (andai berlaku perkara yg tidak diingini)
         * sebagai langkah berjaga-jaga bantuan kewangan dari 36 jenis PENYAKIT KRITIKAL!terutama KANSER bagi wanita...(cover dari stage 1!)
         * simpanan tetap sebab ada jaminan masa depan dengan GREAT EASTERN NO.1 Best Insurans in Malaysia!(tidak bankrup..tidak seperti syarikat insurans lain)
         * sebagai hadiah simpanan wang dari ku kepada suami, anak, mama dan ayah, andai berlaku kematian ke atasku...(HIBAH @ HADIAH - yg tiada pd syarikat insurans lain)
         * bayaran Co-Takaful yang paling murah berbanding lain insurans...(serious!!!)
         * tidak perlu bayaran wad sekiranya tinggal di Hospital SWASTA dan tak perlu merungut disebabkan kesesakan di Hospital KERAJAAN!
         * elaun wad
         * bantuan 'TOWING"...(pada kaum wanita yang tak tahu nak repair kereta dan gelabah breakdown tgh jalan)
         * bantuan kewangan andai terlibat sebarang kemalangan lumpuh.
         * bantuan rawatan pesakit luar sehingga ke rawatan dialisis andai berlaku cuci buah pinggang..

so kawan-kawan..jom call pijot..kita mampu untuk beli pakaian, makan di luar dengan mewahnya..tetapi kita tak mahu beli MEDICAL CARD untuk insan kita yang tersayang..jom call/sms/wasap : pijot - 017-3708978..pijot akan cuba bantu anda dan menjadi seorang agen insurans yang terbaik..In Syaa Allah

Friday, January 3, 2014

KESEDARAN PENTINGNYA TAKAFUL INSURANS

Memahami apa itu insuran dan TAKAFUL??penting ke..zaman sekarang ni..

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:

Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful

Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen (NUR HAFIZAH @FIZAH SAMSUDIN, BNM REGISTERED NO: 1094992) TEL/SMS: 017-3708978


Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful (No.1 life insurance in Malaysia is GREAT EASTERN TAKAFUL)

Melalui Internet

Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.

Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.


Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.


Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.


Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.


Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.


Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji