2 Disember 2013 -
pagi mula hantar akid di Taska De'Sayang di sebuah Kementerian...berat rasa hati ni.tp ku gagahkan jua sebab nak bagi pendedahan akid berkawan ramai..akid diam seribu bahasa(pelik barangkali) suasana yang baru, ramai orang, memang pelik pandangan dia..dia lihat sekeliling kelas.dan diam....aku terpandang seorang perempuan muda dariku, dalam hati.."ee..masamnye muka dia!cikgu kelas akid ke??aku redho.."
12.30 tghhari - perbualan mama akid dgn pembantu penyelia..
mama akid : macam mana akid pagi ni ain? nangis ke?
ain : ok je dia kak..tak banyak ragam sangat. pegang "teddy" dia je.tp taknak makan..
mama akid : ain bagi mkn pe?
ain : bubur kak..
mama akid : oo..lupe nk cakap,akid tak makan bubur dah..nasi biasa dan lauk mcm kita.
ain : oyeke!!ok,nanti saya bagi nasi biasa.
5.10 petang - ambil akid di sekolah dan lihat akid seorang je terbaring di lantai. belum ada kawan baik lagi..dan cikgu kelas yg masam tu ckp "akid takot air" dan taknak mandi!
walhal anak aku mmg suka air ok!!!
5.45 petang - aku ternampak line merah di pelipat lengan akid..kenapa pulak ni??ade juga merah di lengan tp tak berapa kelihatan.aku jadi tak sedap hati, tapi fikir positif jela..
3 Disember 2013 -
hantar akid ke taska mcm biasa, tp gaya dia mcm biasalah, taknak berenggang dgn papa!(mmg manja papa ni)..
(dah kurang sikit merah - day 1 masih merah pekat)
papa try tanya..
papa : ain, nape lengan akid ni merah?
ain : oo..cikgu dia terpegang kuat kot sebab akid taknak mandi smlm..
papa : ok,tp jangan paksa kalau dia taknak next time yer.
5.10 petang - ambil akid dgn eyebag..diam je..cikgu cakap akid kurang tido..dan akid tertido di lengan mama dalam kereta sampaila pukul 8 malam(sampai rumah pukul 6.30 petang)
4 Disember 2013 -
papa hantar akid dan ok segalanya..
5.35 petang - akid sayang mama...!tengok tangan tu,sakit lagi ke?tiba-tiba akid tak bagi pegang tangan dan merengek!(tangan yang sama)..aku jadi pelik!kenapa ni??aku tengok masih lagi merah yang day 1 tu. tiba-tiba aku selak lengan baju, nampak ade 2 line merah!!!apeeee!!!!
aku dah menggigil ni!nak je masa tu juga pi ganyang muka cikgu yang masam tu!sakit hati ni..tp aku sabar dan gagahkan jua untuk berjumpa kawan untuk mengajak masuk simpanan RM50 sebulan untuk 10 tahun dalam Great Eastern Takaful..(sempat lagi cari rezeki halal)..
inilah kesan merah nya...walaupun sikit,sudah cukup sebagai bukti bahawa cikgu taska tu harus diberi pengajaran..
6.30 petang - aku dan poji p Ibu Pejabat Polis Putrajaya. setelah selesai,pergi ke Hospital Putrajaya dan ke balai semula untuk sambung kajian kes dengan Inspektor Haryani (Jenayah Kanak-kanak D11)
12.00 tgh malam - selesai laporan dan report...Alhamdulillah...biarlah pihak polis yang jalankan siasatan..
MORAL OF THE STORY : Janganlah kita bertangguh sekiranya berlaku apa-apa pada anak kita. Jangan dibiarkan mereka yang berhati binatang ini untuk melakukan jenayah fizikal @ psikologi kpd anak kita..mereka tidak tahu apa-apa...budak 2 tahun!!di banding dengan remaja 20-an mengasuh anak kita..Buatlah sesuatu sekiranya jadi apa-apa pada anak kita!!
Jadikan itu punca rezeki kita, amanah kita, jagalah dan sayanglah anak itu kerana itu amanah Allah!!punca rezeki kita dari sumber yang halal, lakukan dengan baik kerana ia menjadi darah daging kita!!!
5 Tahun kami usaha untuk mendapat anak. Pelbagai usaha dan doa dipanjatkan kpd Allah..senang-senang manusia yang berhati perut binatang ni perlakukan kpd anakku..sedih dan luluh hatiku bila diperlakukan begitu. Aku jadi sebak kerana semarah aku, stress mane pun aku, geram mana pun aku, tidak pernah terlintas untuk menyakiti anak kecil!