klik me

Thursday, November 28, 2013

Apa hebatnya Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful?

Bismillah...saya ingin kongsi serta bantu anda diluar sane @ yang sedang membaca blog saya ini..Ayuh kita lakukan perubahan. Jangan hanya mendabik dada @ tepuk kepala @ jatuh terduduk sekiranya berlaku musibah yang Allah swt uji kita. Oleh itu, sama-sama kita lindungi keluarga kita selain doa, usaha dan ilmu juga perlu!!izinkan mama akid kongsi sesuatu yang bermanfaat utk kawan-kawan semua dengan niat membantu, In Syaa Allah...

Saya boleh memberi jaminan kepada anda Great Estern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! Namun begitu, sebagai seorang customer, anda boleh membuat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya guarantee, anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eatern mempunyai kelebihan seperti berikut:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

Dengan caruman bulan RM200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM100,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care.

Malah, pelan untuk anak-anak saya hanya RM150 sebulan, tetapi boleh dapat Room & Board bernilai RM200 serta kadar simpanan yang tinggi untuk pendidikan!

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

Medical card untuk Room & Board bernilai RM150 Great Eastern memberikan had tuntutan seumur hidup berjumlah RM720,000 (2013 dinaikkan kepada RM900,000) dan had tahunan RM90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu syarikat takaful yang memberikan saya had seumur hidup RM625,000 dan had tahunan RM62,500 sahaja. Tamabahan info utk caruman RM200 sebulan sebelum ini layak untuk kad bernilai RM960,000 ttetapi kini mulai 2013 menjadi RM1,200,000sepanjang hayat. Tinggi kan??kalau check akaun sekarang pun, 90% malaysian yang tidak memiliki 1.2 juta dalam akaun simpanan masing-masing termasuk juga saya...

3) Ko-Takaful yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah (masih sama sehingga 2013)

Great Eastern Takaful mengenakan caj co-takaful adalah sangat rendah. Great Eastern Takaful hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja.
Berbeza dengan medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah RM300 dengan maksimum RM1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah RM1000, pemegang kad Great Eastern Takaful membayar hanya RM100 sedangkan pemegang kad takaful ini pula membayar RM300. Jika bil RM10,000 pula pemengang kad Great Eastern Takaful hanya membayar RM500 sedangkan pemengang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM1000.
Ramai pelanggan Great Eastern Takaful yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

4) Cash-Value(simpanan) yang lebih tinggi nilainya

Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing!
Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

5) Early Payout Critical Care Benefits (EPCC)

Early Payout Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia. Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan oleh mana-mana syarikat takaful lain.
Tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki faedah ini. Bermakna caruman bulanan kekal RM200 dan sudah termasuk manfaat EPCC berjumlah RM50,000.
Pelanggan yang menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan Critical Illnesses. Tetapi dengan pelan Great Eastern Takaful ini, penyakit yang masih tahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card, boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh guna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau terpaksa berhenti kerja.

6) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80 tahun

Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak adalah Great Eastern Takaful punyai medical card terus melindungi pemegang polisi sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang lain pencarum terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80 tahun. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern.
Jadi, saya telah buat perbandingan untuk anda membuat keputusan yang selesa dan tepat untuk memilih medical card terbaik! 

Hubungi saya segera sebelum dan jangan tangguh lagi kerana kita tidak mengetahui bila kejadian dan takdir yang tidak diingini akan berlaku kepada kita."sediakan payung sebelum hujan"...
Hadith riwayat Bukhari"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

(pijot - 017-3708978 @ poji - 012-9524559)



 *ehsan dari : www.motivatorhasbah.blogspot.com

Tuesday, November 26, 2013

PENTINGNYA MEDICAL CARD..mati & sakit tidak SMS kita...


ok, saya nak cerita pasl medical card sebenarnya. saya dah lama tau pasal medical card ni tp ingat tak perlu. Sebab masa kerja dulu memang tau pun:

- 98% chinese yang masuk hospital swasta memang guna medical card, 2% je yang bayar cash
- Diorang tak keluar duit pun
-bukan sebab diorang kaya, tapi diorang plan dari awal kewangan diorang dgn sangat hebat!!

Apa itu medical card?Sejenis kad perubatan yang saiznya sebesar IC kita, ada nama pemegang kad, no siri kad, dan yang pasti ada nama syarikat insuran yang keluarkan tulah...Contoh:
dia kena bawak ke mana2(simpan dalam purse macam bawak ic) sebab kalau berlaku x-cident ke@sakit ke apa yang memerlukan kita mendapat rawatan di hospital, dengan adanya kad ni, anda boleh masuk free dengan mudahnya =).hospital swasta yang besar2 yer,bukan kecik2 macam klinik idzham la, klinik keluarga la, klinik 2 kecila2an  tak layan,kita masuk hospital swasta yang besar2 je contohnya KPJ SPECIALIST seluruh Malaysia, PUSRAWI, PANTAI MEDICAL CENTRE, SIME DARBY MEDICAL CENTRE,SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE dll...hospital gov lagila tak main yer...Hebat kan?...macam mana nak dapat kan kad ni?

-Isi borang GREAT EASTERN yang ada SMART MEDIC plan.
Senang je kan??plan dia bermula dengan serendah RM125 sebulan for takaful yang mana halal si sisi islam.Jangan risau sebab semua plan di bawah insuran dikawal penuh oleh bank negara. Ni bukan skim cepat kaya ke, MLM ke, bayar2 yang tak tentu asal usul tu er..insuran sepenuhnya dikawal di bawah BANK NEGARA MALAYSIA sama seperti institusi2 kewangan lain seperti maybank, public bank, CIMB semuanya pun dikawal oleh BNM ok?...No risk at all takut ditipu ke apa...right?U pay and u deserve for it!!
    Bermula RM125 sehingga RM400.Apa yang kita dapat?

1- Medical card bernilai RM480,000 sehingga 1.2 juta...diulang 1.2 juta ok??(based on caruman bulanan la). Ni gunanya utk tanggung semua kos rawatan perubatan kalau jatuh sakit kanser ke, demam ke, cirit birit ke...tak kisah teruk ke sikit2 pun cover jugak.Opertaion pun dia tanggung =). So jangan takut nak admit swasta...masuk je.MEDICAL CARD kan ada.Insuran bayar =)

2- Jika kita terlibat dengan x-cident (patah kaki/patah tangan/terseliuh ke apa2 sajelah..yang kita tak ingini tapi terberlaku jatuh tangga ke yang paling menakutkan x-cident kereta @ motor) Risiko di mana2 balik kerja pergi kerja mesti naik kenderaan kan?24 jam dilindungi oleh insuran.Rasa selamat kan.Apa2 jadi pun, insyaallah tak la kita sampai kena mintak derma kat orang, belas ikhsan nak beli ubat, nak buat operation...sebab dapat PAMPASAN insuran Bermula RM 30,000 hingga RM500,000. Sapa nak bagi free2 kat kita.

3- TPD (kecacatan kekal), kalau disebabkan malapetaka apa2 la menyebabkan kita mendapat kecacatan,contoh masuk kaki dalam besi, kena kencing manis, kena potong sebatang jari kaki, jari tu dah tak tumbuh lagi kan?means kecacatan yang kekal la tu, dapat lagi pampasan min RM50,000 sehingga RM500,000.Tujuan pampasan dia bagi ni utk kita guna bayar bil api, bil air...hidup still perlu diteruskan selagi tak mati betul tak. takde pun TNB bagi free elektrik kalau kita cacat...Syabas bagi free AIR sebab kita pernah x-cident. Bayar tetap byr ok.No excuse..dan tak ader jugak TESCO suruh kita pergi ambil barang2 keperluan makanan & minuman free sebab kita cacat tak boleh nak kerja. Nak beli sos cili pun kena beli ok?. so ini la gunanya PAMPASAN ni. Gunala slow2...yang rawatan perubatan jagan risau sebab MEDICAL CARD dah tolong bayarkan.PAMPASAN ni gunya utk perbelanjaan harian sahaja k...

4-Penyakit kronik: Kronik ni maknya penyakit yang lambat muncul. ambil masa nak datang kat kita. Manalah tau umur 35, encik Hypertension(darah tinggi) datang, puan kencing manis pun singgah...yang paling diserami...datuk STROKE..huh, harap dijauhkanlah...dapat lai pampasan RM50,000 sehingga RM500,000.Detect je terus dapat...hebat kat??SOO GREAT!!itulah GREAT EASTERN namanya pun...

5- Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..yang last sekali apa...??nyanyi cepat. Lagu raihan.."hidup sebelum MATI" . Yang pasti la kan. penghujungnya mestilah mati.Matinya meninggalkan belalai, gajah pun pandai bagi belali buat kenangan..hehee...apa tah lagi manusia..matinya manusia meninggalkan hutang...nak ke?mesti taknak.kesian ahli keluarga, anak2, suami, isteri yang tak pasal2 kena menaggung hutang kita. Ada jalan penyelesaiannya. dengan plan SMART MEDIC ni,ada pampasan KEMATIAN RM min 50,000 sehingga RM500,000 ikut caruman bulanan yang kita buat. Bolehla pewaris kita tolong settlekan hutang piutang kita, upah haji utk kita, buat kenduri 40 hari, 100 hari tu..dan lain2 la, kalau kita ada anak@ tanggungan taklah diorang dalam kesusahan sampai kena masuk bersamamu, berhenti sekolah..gunalah DUIT yang kita tinggalkan tu.takkah insuran membantu...masa tu pewaris kita mesti sujud syukur dapat kita yang menyimpan secara berhemah ni...=)Sekurang2 nya tak menyusahkan ahli keluarga,.Paling kesian anak2 & pasangan kita.@ ibu bapa yang masih kita tanggung yang memang bergantung hidup pada kita.Fikirkan yer kawan2...Renung2 kan!!..Selamat Beramal....

Belum habis lagi...itu baru part medical card..benefit yang GREAT EASTERN bagi sebab mencarum dengan dier.WIN-WIN situation la kan...dia guna duit yang kita carum tu utk invest, kita pun dapat jugak banayk giler pulanagan dalam bentuk perlindungan, pampasan & wang ringgit yang tak mampu nak kumpul sebanyak tu sendiri.

Tak habis lagi, duit tu burn ke???jawapannyer tidak...once kita sign up plan ni, kita ibaratnyer seperti menyimpan kat bank je.duit simpanan kita setiap bulan selama ni dapat balik semuanya +++ dividen & bonus lagi macam ASB je kan. So far Great eastern paling tinggi dividen berbanding syarikat2 insuran yang lain(merujuk statement yang dikeluarkan banknegara malaysia)...check la kat website BNM.Habih tu apa bezanya menyimpan di ASB@ bank?? Banyak bezanya:

1- Kat Great Eastern ada jamianan.Kalau kata kita baru simapan 2 bulan, tiba2 xcident, patah kaki tak boleh kerja lagi dah...anda still dapat pampasan yang dijanjikan satu dan great eastern still cover anda sampai umur 80 tahun kalau masuk hospital ke apa ke + all benefits yang sepatutnya dia bagi mcm kat atas tulah(1-5 tu). Satu lagi savings macam mana??Great Eastern tolong simpan untuk anda setiap bulan ikut amount yang u carum...nanti umur 40 ke 50 ke bawak keluar la duit tu..itu semua duit simapan anda...padahal baru carum sebulan@ 2 bulan...dapat ratus2 ribu...Ada ASB janjikan & boleh bagi macam tu??of course no!!..once tak simpan duit tak bertambah la..kan..Fikir2 kan..

2- Semua simpanan yang anda carum setiap bulan tu boleh bawak keluar...anytime, tapi kita tak galakkan keluarkan setiap tahun @ less than 10 years. Ini namanya pelabyran jangka panjang kan..biar jela duit tu utk digunakan di hari tua...waktu dah pencen ke..atau dekat2 dah nak pencen.Kalau masih sihat masa tu,boleh guna utk:
- Melancong ke Europe
- settlekan loan rumah, aklau dah habis beli rumah baru yang lebih best secara tunai...diulang tunai..banyak duit kan..beli CASH la..
- Nak pergi buat haji kat Mekah
- Hantar anak belajar kat luar negara...selama kerja makan gaji tak mampu nak hantar kan, ini la masanya...=)

Saya rasa itu sajalah yang saya nak kongsikan...Bermula RM125, RM150, RM200, RM300, RM400..benefit lagi nayak kalau carum lagi banyak...total menjadi jutaan ringgit.kata nak jadi jutawan..nilah salah satu caranya..Tapi paling penting plan smart medic ni untuk selamatkan duit simpanan kita yang lain la(kalau ada), kos perubatan kan sangat mahal, biarlah insuran yang tanggung...=).kita carum pun tak banyak, KWSP lagi potong banyak kan?..."Kejayaan masa depan bermula dengan perancangan hebat hari ini bukan esok,lusa atau berikutnya!!" rancang yang terbaik utk masa depan anda.Melayu hebat!!dont let people look down to us...we are GREAT too.They can admitted private hospital, we also can!!

"All the best to all of u, million of thanks for reading..."

#boleh call saya untuk lebih lanjut..TQ (017-3708978)


*ehsan daripada blog : www.motivatorhasbah.blogspot.com

Pentingnya Insurans Diri Dalam Kehidupan Kita!

Pagi selasa yang ceria!!
Syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ini. Nak tahu satu cerita yang tak berapa nak seram?ihihi...Al-kisahnya, ade satu blog ni yang aku suka view tiap masa coz nak tengok updated story..so, suatu hari, aku baca story dia pasal insurans dan pentingnya insurans!
sememangnya aku dan suami sudah sedia ada insurans tetapi lebih kepada investment and saving..jadi aku decide untuk jumpa agen insurans beliau dan bermula lah kisah @ jodoh kami dgn agen itu..ihihi...

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. Aku mula "menginsurans" diri ini sebanyak RM200 sebulan..amaun yang aku mampu dan banyak faedahnya daripada aku membazir berbelanja tak tentu hala..baik menabung di insurans selain dapat MEDICAL CARD!haaa...ni yang agak penting!Mr.hubby plak, bayarkan untuk si kecik tu RM150 sebulan..
erm...di sini saye perkenalkan agen insurans saya yang caring lagi baik...iaitu IERA - (tengah)(aku panggil dia iera yoko2)... AND KAK INA(kiri)...ihihi...
#janganpandanglamamukaakuyangagakdebabdisitu!ahaha

Nasihat ikhlas daripada mama akid..menyimpanlah, insuransla diri kita, anak-anak kita agar terbela di kemudian hari. Kita memang tidak mementingkan duit..tp duit amat berguna untuk masa kini dan masa depan..JANGAN LENGAH, SEBAB SAKIT DAN MATI TIDAK "SMS" @ "WASAP" KITA!!!
Ini antara pelan yang terbaik daripada GREAT EASTERN TAKAFUL INSURANS..pada yang berminat boleh roger aku.

*rujukan blog :

Tuesday, November 19, 2013

JOM KURUS 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...ai tawan2 mama akid.breakfast ape pagi ni?nampak gaya, selera makan mama akid makin bertambah!ehehe!!especially bab "nasi" yang tidak dapat dipisahkan!!
Tetiba mama akid ternampakla 1 TAG ni.. "JOM KURUS 1 MALAYSIA"..
erm..boleh ke aku?boleh ke aku??er...er...

Masa pertama kali cuba diet, memang macam nak giler di buatnyer!!NASI, TEPUNG GANDUM, ROTI PUTIH, SOTONG, GULAAAA,..sungguh merimaskan!tapi aku gagahkan juga sebab masa tu dalam proses rawatan pakar bidan Prof.Dato' Dr. Hamid Arshat yang meminta aku untuk diet dahulu sekiranya mahu usaha mendapatkan anak!Ya Allah...1 hari je dekat 21 biji ubat kena telan!ha ko!!!
selain makan, kenalah exercise tetiap hari dan buat senaman ringan..Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakkal, aku berjaya menurunkan berat 4kg dalam 2 minggu!BOLE??ihih...betul ni...

Lepas bersalin, berat masih maintain dan ade yang cakap aku "kurus" sebab nampak rangka pipi..(ooo..xchubby masa tu,xlawo la plak!)
1 tahun lepas bersalin, aku mula makan macam-macam dan selera makan bertambah sehingga ke hari ini..(ooo..sangat xpuas ati berat naik!ahaha..padan muka!). walaupun Mr.Poji xkisah n lebih suka aku chubby, tp yang seksa nye, baju kije banyak yang dah xmuat!!arrggghhhh....TOLONG!

Dan sekarang,mulai bulan ini...aku akan menyahut cabaran UNTUK KURUS SECARA SIHAT DAN AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG..mula-mula kena betulkan diet dulu kan..so, come and join me!!WISH ME LUCK!!

#rujukan :
klinikdrhamidarshat.blogspot.com
http://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia/#

Friday, November 8, 2013

Kes Dera Kanak-kanak Taska di Taman Melati

Astaghfirulla alazim..Ya Allah, Selamatkanlah anak-anak kami Ya Allah, Lindungilah mereka yang masih kecil daripada segala perbuatan tidak bermoral itu..Berkatilah rezeki kami dalam membesarkan anak-anak kami..Amin Ya Rabbal Alamin...

Kenapalah diperlakukan begitu pada budak yang tak berdosa..yang tidak kenal erti hidup. Diperbuat sebegitu..sungguh zalim..Kalau lah Allah tarik nikmat yang dia dah beri utk kita mendengar, melihat, merasa da sebagainya...

Selama ni, aku tak sanggup nak melihat kanak-kanak @ bayi yang di dera..tetapi kali ini aku kuatkan semangat juga utk menonton video Taska di Taman Melati itu..kasihan anak kecil itu dan semalam 7.11.2013, Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taman Melati, di sini, yang dikaitkan dalam isu rakaman video kanak-kanak dipukul di premis itu, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Wanita berusia 35 tahun itu tampil bersendirian kira-kira jam 10.30 pagi selepas dipercayai menghilangkan diri sejak seminggu lalu. 

Ini wajah malaun tuh!geram lak aku ni..
Taska nampak meriah tetapi azab rupanya bagi kanak-kanak di dalam rumah tu..



Wednesday, November 6, 2013

Resepi Kek Kukus Pelangi

Assalamualaikum...Dua minggu lepas macam teringin je tgk resepi kek kawan2 blogger..memandangkan masih ada lagi pewarna di rumah, why not kita try resepi yang simple dan menarik ni..jom sama kita try rainbow kek nak?tp versi kukus...lebih sedaaappp n moist!!!xcayer???ihihi....cuba dulu,baru tau...

RESEPI KEK KUKUS PELANGI
olahan by : mama akid

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
  • kismis 2 sudu
  • chocolate rice - utk last touchup!
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

tadaaaaa.....!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pijot & Poji