Menjelajahi dengan menggunakan tangan
Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran
mengawal gerak tangan
bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia
menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat
mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari
satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi
anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama
seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep
sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan
dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.
Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?
Masih terlalu awal untuk mengatakan sama
ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri
(kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan
sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang
lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya
tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.
Belajar bergolek
Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar
bergolek
ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang
mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat
seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri
anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan
jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau
mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin
pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda
menyalin pakaiannya di atas lantai saja.
Bayi anda walaupun kecil suka bersosial
Pada usia ini, bayi anda bukan hanya
membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan
selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari
bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan
sifat takutkan orang yang tidak dikenali,
namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih:
sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum
akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi,
janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh
daripada anda.
Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada
yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh
anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan
datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian
anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya
menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin
nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda.
Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan
sesuatu yang sesuai dan digemari anda.
Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula
mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari
menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh
untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan,
membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan
yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan
unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan
perlukan.
Main mainan jenis bergilir-gilir
Bayi berusia enam bulan gemar bermain
mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa.
Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan,
dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda
memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat
dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi
haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).
Bayi anda yang suka membebel
Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia
akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir
sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga
berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi
keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia
ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi
satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa
gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua
suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh
memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama
dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi,
'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi
perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua
yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh
juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan
menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.
Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan
mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup
buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia
ketawa.
Merangsang derianya
Bayi anda menggunakan semua derianya
untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia
mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk
disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira
memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit
gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung
lembut berbentuk haiwan.
Gembira semasa mendengar cerita
Membaca
kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia
akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam
pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca
memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat
kepada bayi dan ibu bapa.
akid sudah 6 bulan...ALHAMDULILLAH...